Thursday, July 16, 2009

Mesej Daripada Dr Mohd Kaisan


From: Dr Mohd Kaisan [mailto:drkaisan@gmail.com]
Sent: Thursday, July 16, 2009 2:22 AM
Subject: LAPORAN MESYUARAT PIDATO KL KE 5


Salam sejahtera semua ahli2,

Berikut adalah laporan perjalanan mesyuarat kelima kelab kita yang berlangsung pada 9hb Julai 2009 yang lalu.

Mesyuarat kelima yang berlangsung pada 9hb Julai telah berjalan dengan baik dan lancar. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Puan Presiden yang telah berkongsi wawasan, perjalanan dan hala tuju kelab. Seterusnya perjalanan mesyuarat telah diserahkan kepada pengacara majlis Sdr Hakim yang telah berjaya menghidup dan menceriakan suasana mesyuarat.

Peranan penjaga masa telah di jalankan dengan baik oleh Sdr Ridzuan yang sekali gus akan menyampaikan ucapan projek pertama beliau iaitu ucapan pengenalan diri. Peranan pengira Ah telah di mainkan oleh Sdri Leong Oi Wah, penilai bahasa oleh Sdr Hadzrin.

Untuk sesi ucapan inspirsi, sdr Dr Kaisan telah berkongsi cerita tentang pengemis yang telah berjaya mengubah nasibnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya setelah berjaya menemui harga diri

Sesi ucapan spontan telah di kendalikan secara spontan oleh Puan Presiden dan pemidato ucapan spontan ialah Sdri Kim Chow dengan tajuk mengapa belajar berpidato (beliau berkongsi cerita bagaimana beliau pernah berpidato di hadapan Sultan Perak); Leong Oi Wah dengan tajuk Belajar Metamatik dan Sains dalam bahasa inggeris; Sdr Abu Bakar dengan tajuk Tempat duduk untuk orang tua. Ucapan spontan telah di nilai oelh Gabenor Kawasan Sdr Calvin. Ucapan spontan terbaik telah di menangi oleh Sdri Kim Chow.

Semasa sesi kedua, kita telah berpeluang mendengar tiga ucapan projek iaitu ucapan pengenalan diri oleh Sdr Hadzrin, yang telah menceritakan tentang minat beliau menonton sesame street semasa kanak-kanak dan telah merantau keluar negara semenjak berumor 8 tahun lagi, beliau telah di nilai oleh Sr Sharozaini.

Sdr Ridzuan pula telah menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai anak felda, bagaimana beliau boleh berinteraksi dengan rakan-rakan pelajar dalam pelbagai loghat. Beliau telah di nilai oleh Sdr Abu Bakar.

Pemidato ketiga ialah Sdr Abu Bakar, yang menyampaikan ucapan menghiborkan, ucapan selepas makan malam. Beliau telah menceritakan tentang pengalaman 25 tahun yang lalu sebagai bekas pelajar sekolah, kebanyakan rakan-rakan pelajar beliau telahpun berubah dari segi fizikal dan penampilan diri. Ucapan beliau telah di nilai oleh Sdr Dr Kaisan.

Pemidato terbaik untuk sesi ucapan projek telah di menangi oleh Sdr Hadzrin dan penilai ucapan projek terbaik telah di menangi oleh Sdr Abu Bakar.

Penyampaian hadiah dan ucapan penutup telah di sempurnakan oleh Dr Mohd Kaisan, Naib Presiden Pendidikan bagi pihak Puan Presiden yang terpaksa menghadiri tugasan resmi beliau sebagai mantan Gabenor Bahagian B.

Sekian terima kasih

Dr Mohd Kaisan
Naib Presiden Pendidikan
Ahli Pengasas Kelab Pidato KL


*

Tuesday, July 14, 2009

Mesyuarat Ke 5

MESYUARAT KELIMA PADA 09 JULAI 2009

Klik gambar untuk besarkan

Puan Presiden Zaharah, DTM, mengacarakan Sesi Ucapan Spontan.
Beliau adalah Mantan Gabenor Bahagian (Past Division B Governor, District 51)


Puan Leong Oi Wah, DTM, Gabenor Bahagian (Division B Governor, District 51)
Beliau memainkan 2 peranan - Bentara & Pengira Penggunaan Ah


En Calvin Lim, ACS, Gabenor Kawasan (Area B4 Governor, District 51)
Beliau memainkan peranan sebagai Penilai Ucapan Spontan


Pengacara - En Hakim Hamzah, CC, CL
Beliau adalah Gabenor Kawasan (Area P1 Governor, District 51)


Penilai Perdana - En Khoshim Malim


Dr Kaisan, CC, memainkan 3 peranan - Pemangku Presiden, Pemidato Ucapan Inspirasi & Penilai Ucapan


En Ridzuan, CC, memainkan 2 peranan - Penjaga Masa & Pemidato Ucapan Jenaka
Beliau adalah president kelab (President of UEM Academy Toastmasters Club)

En Abu Bakar, CC, CL, memainkan 2 peranan - Pemidato Ucapan Projek & Penilai Ucapan.
Beliau adalah seorang mantan presiden kelab (Past President of Kelab Pidato Perdana Toastmasters Club)


En Hadzrin Shah, ACB, CL, memainkan 2 peranan - Pemidato Ucapan Projek & Penilai Penggunaan Bahasa
Beliau adalah Gabenor Kawasan (Area W2 Governor, District 51)

Pemenang Pemidato Ucapan Spontan Terbaik - Kim Chow, ATMS, CL
Beliau adalah Mantan Setiausaha Daerah (Past District Secretary, District 51)


Pemenang Pemidato Ucapan Projek Terbaik - En Hadzrin Shah, ACB, CL


Pemenang Penilai Ucapan Terbaik - En Abu Bakar, ACB, CL