Saturday, September 17, 2011

Nukilan Ahmad Fakhri @ Rumah Terbuka Aidilfitri KPKL pada 08 Sep 2011

KPKL mengucapkan terima kasih kepada En Ahmad Fakhri dari MIM Kuala Lumpur Toastmasters Club
yang mendeklamasikan sajak ini di Rumah Terbuka Aidilfitri KPKL pada 08 Sep 2011

Klik gambar untuk lihat imej besar 


KPKL mengucapkan terima kasih kepada En Ahmad Fakhri dari MIM Kuala Lumpur Toastmasters Club
yang menyampaikan pantun ini di Rumah Terbuka Aidilfitri KPKL pada 08 Sep 2011

Klik gambar untuk lihat imej besar 

Saturday, September 10, 2011

Pantun Hakim Hamzah sebagai Penilai Pertandingan Ucapan Spontan Raya



En Hakim Hamzah menilai 6 orang pemidato pertandingan ucapan spontan raya
dengan cara pantun dan nyanyian
di RUMAH TERBUKA AIDILDFITRI KPKL
pada 08 Sep 2011

Klik gambar untuk lihat imej besar

Pantun Hadzrin Shah sebagai Pengacara Majlis @ 08 Sep 2011



En Hadzrin Shah adalah pengacara majlis yang hebat dan dinamik
di RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KPKL
pada 08 Sep 2011

Klik gambar untuk lihat imej besar

Mesyuarat pada 08 Sep 2011



En Hadzrin Shah adalah pemenang Pakaian Tercantik Lelaki.
Beliau menerima hadiah daripada Presiden Prof Dato' Dr Wan Zin.
Hadiah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia.

Pn Siti Salmiah memenangi Pakaian Tercantik Wanita.
Beliau menerima hadiah daripada Presiden Prof Dato' Dr Wan Zin.
Hadiah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia. 

Pn Azizah Hassan menjuarai Pertandingan Ucapan Spontan Raya dari pasukan wanita.
Beliau menerima sijil dan hadiah daripada Presiden Prof Dato' Dr Wan Zin.
Hadiah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia. 

En Ahmad Fakhri Hamzah menjuarai Pertandingan Ucapan Spontan Raya dari pasukan lelaki.
Beliau menerima sijil dan hadiah daripada Presiden Prof Dato' Dr Wan Zin.
Hadiah ditaja oleh Universiti Putra Malaysia. 


Jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan di dewan pameran Extol Corporation

Rendang ayam yang paling enak dimasak oleh Cik Shikin Ali, seorang jurulatih suara.
Beliau tidak dapat hadir kerana menyanyi di persembahan pentas.

Mantan Presiden Pn Zaharah DTM membawa satay ayam yang sungguh sedap.

Sudah terbukti makanan KPKL sedap sekali

Para tetamu menjamu selera di dewan pameran Extol Corporation

Rendang ayam, nasi himpit, lemang, satay ayam, kuih muih dan banyak lagi

Tetamu-tetamu dari kelab Bahasa Inggeris

Ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi datang memeriahkan Rumah Terbuka KPKL


Presiden Prof Dato' Dr Wan Zin mengalu-alukan kedatangan para hadirin

Presiden Prof Dato' Dr Wan Zin memakai pakaian raya yang sungguh bergaya

Pengacara Majlis En Hadzrin Shah mengacarakan majlis secara dinamik.
Beliau memukau para hadirin dengan pantun, sajak dan jenaka.

Mantan Presiden Dato' Dr Kaisan adalah pemidato jenaka yang hebat.
Beliau berjaya menggelikan hati para hadirin sehingga bunyi ketawa bagai gemuruh.

Gabenor Kawasan B4, En Gan Teong Hock, membuat lawatan resmi



Mantan Presiden En Abu Bakar mengendalikan Pertandingan Ucapan Spontan Raya.
Beliau adalah penganjur hebat yang bijak menggunakan kaedah yang terunggul.

Pertandingan merupakan debat di antara pasukan lelaki dan pasukan wanita. 
Tajuk debat: 
Kerajaan Malaysia sepatutnya mengisytiharkan cuti umum 
sebanyak satu minggu sempena Hari Raya AidilFitri pada setiap tahun.

Debat ini mempunyai satu kelainan.
Sebelum seseorang pemidato mula berdebat,
beliau dikehendaki memilih secara rambang
satu ungkapan yang telah disediakan.
Pemidato tersebut dikehendaki menggunakan ungkapan tersebut
 sekurang-kurangnya sekali dalam ucapan beliau. 



Pasukan lelaki (baris belakang) adalah pencadang debat:
Kerajaan Malaysia sepatutnya mengisytiharkan cuti umum 
sebanyak satu minggu sempena Hari Raya AidilFitri pada setiap tahun.

Pasukan wanita adalah pembangkang debat:
Kerajaan Malaysia sepatutnya mengisytiharkan cuti umum 
sebanyak satu minggu sempena Hari Raya AidilFitri pada setiap tahun.

Pemidato pertama En Zulfarham dari Shah Alam Toastmasters Club.
Ungkapan yang beliau mesti gunakan:
Senyum Seindah Suria

Pemidato kedua adalah tetamu bernama Pn Suzana, seorang Associate Consultant.
Ungkapan yang beliau mesti gunakan:
Seperti Burung Kepatahan Sayapnya

Pemidato ketiga En Meyya dari DKC Toastmasters Club.
Ungkapan yang beliau mesti gunakan:
Joget Lambak

Pemidato keempat Cik Suhana dari KPKL.
Ungkapan yang beliau mesti gunakan:
Cinta Pertama

Pemidato kelima En Ahmad Fakhri Hamzah dari MIM KL Toastmasters Club.
Ungkapan yang beliau mesti gunakan:
Aku Rindu Padamu

Pemidato keenam Pn Azizah Hassan dari Melaka Toastmasters Club.
Ungkapan yang beliau mesti gunakan:
Aku Wanita Biasa


Pemidato Projek: Pn Siew Fun DTM
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 2: Menyusun Ucapan Anda
Tajuk: Selalu Sedia

Pemidato Projek: Cik Kim Chow
Buku Panduan Pemidato Mahir
Ucapan 6: Kepelbagaian Suara
Tajuk: Tanpa Syarat


Penutup Ucapan
Saya bersyukur kepada Tuhan.
Saya bukannya orang beragama tetapi saya percaya kepada Tuhan.
Saya bersyukur kepada Tuhan.
Walaupun saya mengalami banyak cabaran yang rumit tetapi saya rasa selamat.
Saya berjanji akan terus berbakti kepada masyarakat,
terutama sekali KPKL.
Percayalah, perkhidmatan saya adalah tanpa syarat.




Penilai Perdana En Taufik Salleh

En Hakim Hamzah adalah penilai ucapan spontan raya.
Beliau menggunakan gaya yang berbeza dan menghiburkan para hadirin
dengan pantun dan nyanyian.

En Andy aka Superman dari Friendship Toastmasters Club
menilai ucapan Pn Siew Fun DTM

Cik Oi Wah DTM menilai ucapan Kim Chow

En Ahmad Salahuddin dari MIM KL Toastmasters Club memberi laporan masa.
Penyampaian beliau menghiburkan para hadirin.