Saturday, March 26, 2011

Tahniah kepada Cik Suhana Sidik

Cik Suhana Sidik bergambar dengan Gabenor Kawasan B4, En Teoh Chun Ming

KPKL mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Suhana Sidik di atas kejayaan beliau di Area B4 Speech Contests (Pertandingan Ucapan Kawasan B4). Beliau memenangi anugerah berikut: 
  • Tempat kedua di Area B4 Table Topics Contest
  • Tempat ketiga di Area B4 International Speech Contest

Cik Suhana mewakili KPKL di pertandingan tersebut. Petanding-petanding yang lain terdiri dari keleb-kelab seperti berikut:
  1. D'Utama Toastmasters Club
  2. Lafarge Malayan Cement Toastmasters Club
  3. KNM Toastmasters Club
  4. Shah Alam Toastmasters Club
SYABAS! SYABAS! SYABAS!


Mesyuarat pada 24 Mac 2011

Pemenang Pemidato Ucapan Terbaik

Puan Tharwah Kassim menerima sijil daripada pemangku presiden, En Hadzrin Shah
***************************************************************
Pemenang Penilai Ucapan Terbaik

En Abu Bakar Ngah menerima sijil daripada pemangku presiden, En Hadzrin Shah
***************************************************************
Pemain Peranan Mesyuarat

En Hadzrin Shah memberi ucapan aluan sebagai pemangku presiden di mesyuarat ini.
Presiden kelab, Dato' Dr Kaisan, menghadiri sidang akhbar di Kota Bahru. 

En Hakim Hamzah adalah penilai perdana.
Tugas beliau berat kerana terdapat 6 orang pemidato ucapan projek yang harus menerima penilaian masing-masing. 

Prof Dato' Dr Wan Zin adalah pemidato jenaka.
Beliau handal menyampaikan cerita yang kelakar dan berjaya menghiburkan para hadirin. 

***************************************************************
Pemidato Ucapan Projek

En Syed Abu Bakar, Learning Facilitator
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 2: Menyusun Ucapan Anda
Tajuk Ucapan: Cinta

En Hadzrin Shah, UEM Group 
Maklum balas daripada penilai ucapan, En Hadzrin Shah:
En Syed Abu Bakar ialah seorang pemidato yang sudah sedia mempunyai bakat semulajadi. Kemahiran beliau adalah bercerita secara santai dengan selitan jenaka yang mencuit hati pendengar. 

****************************************************************

Cik Shikin Ali, jurulatih suara, The Singing Shop 
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 2: Menyusun Ucapan Anda
Tajuk Ucapan: Baik Buruk Facebook


En Wan Muhammad Imran, Technical Advisor, Shell Malaysia
Maklum balas daripada penilai ucapan, En Imran:
Ucapan tentang baik buruk facebook yang menarik, amat relavan dan penyampaian dengan nada yang bersahaja. 

***************************************************************

Cik Oi Wah DTM, company secretary / usahawan
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 4: Berlatih Menggunakan Perbendaharaan Kata
Tajuk Ucapan: Bangun Pagi

En Abu Bakar Ngah, pengurus, IBM Malaysia
Maklum balas daripada penilai ucapan, En Abu Bakar: 
Satu projek ucapan yang memberikan penekanan kepada penggunaan bahasa yang baik dan betul.  Beliau menyampaikan ucapan dengan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami. Mesejnya mengenai kebaikan-kebaikan memulakan kerja di awal pagi juga berjaya menarik perhatian hadirin.

***************************************************************

Prof Dato' Dr Wan Zin, Universiti Putra Malaysia
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 5: Bahasa Tubuh
Tajuk Ucapan: Kereta Terbang 

En Shahrozaini, usahawan
Maklum balas daripada penilai ucapan, En Shahrozaini: 
Beliau adalah seorang pemidato yang cukup konsisten dalam ucapannya dengan gaya yang bersahaja tetapi amat memberi kesan berpanjangan kepada pendengar. 

****************************************************************

En Ahmad Faqrul dari UEM Academy Toastmasters Club
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 10: Mengilhamkan Khalayak
Tajuk Ucapan: Jangan Putus Asa 


En Hakim Hamzah, Chief Financial Officer
Maklum balas daripada penilai ucapan, En Hakim Hamzah:
Akan datang

***************************************************************

Puan Tharwah Kassim, Managing Director, Nur Tharwah Consult Sdn Bhd
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Lanjutan: Ucapan Yang Menghiburkan
Projek 4: Membuat hadirin ketawa
Tajuk Ucapan: Rehat Sebentar 


En Abu Bakar Ngah, pengurus, IBM Malaysia
Maklum balas daripada penilai ucapan, En Abu Bakar: 
Satu ucapan yang menghiburkan berdasarkan Projek 4 dari Buku Panduan Lanjutan ("Ucapan Yang Menghiburkan").  Ucapan beliau mengenai kisah Kak Long dan Kak Ngah berjaya mencuit hati para hadirin dan membuatkan mereka ketawa hingga tak kering gusi. Syabas, Puan Tharwah.

***************************************************************
Pemain Peranan Yang Lain di Sesi Penilaian

Penilai Penggunaan Bahasa:
En Mohd Nazri, Assistant Manager, Bank Islam
Laporan daripada En Nazri mengenai kata-kata hikmah yang dilafazkan oleh pemidato-pemidato:
  1. Cinta tak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
  2. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak lalu.
  3. Tepuk dada tanya selera.
  4. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka.
  5. Masa itu emas.
  6. Ibarat sebiji tembikai yang dibaling dari tingkat 20.
  7. Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari.
  8. Ku genggam perasaan aku bila kau hampir kepada ku. 
  9. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
  10. Jangan mengulat, nanti ditumbuh ulat pula syarikat itu. 


Penjaga Masa:
En Teoh Chun Ming, Gabenor Kawasan B4
Kita mengalu-alukan kehadiran Gabenor Kawasan B4, En Teoh Chun Ming, dan berasa bangga kerana beliau sedia memberi sumbangan di mesyuarat. 

Terima kasih, tuan!

***************************************************************
Para Hadirin

Para hadiran berdiri dan memberi tepukan kepada En Ahmad Faqrul kerana berjaya menyampaikan ucapan projek 10. 

Para hadirin melaungkan "Selamat berjaya KPKL"

****************************************************************
Nasi goreng kampung dari dapur Pn Tharwah

Pn Tharwah menyediakan kudapan bagi pihak Pn Zaharah DTM.
Nasi goreng kampung yang beliau masak itu sungguh enak.
Beliau juga membawa kuih muih yang sedap.
Terima kasih, puan!

Friday, March 11, 2011

Mesyuarat pada 10 Mac 2011

PEMENANG PEMIDATO SPONTAN TERBAIK

En Syed Abu Bakar menerima sijil daripada presiden kelab, Dato' Dr Kaisan. 

****************************************************************
PEMENANG PEMIDATO UCAPAN TERBAIK

En Syed Abu Bakar menerima sijil daripada president kelab, Dato' Dr Kaisan

****************************************************************
PARA HADIRIN

Sebahagian bilik mesyuarat


Tetamu dari UEM Academy Toastmasters Club (Kelab Bahasa Inggeris)
Dari kiri: 
1) En Ahmad Faqrul, Vice President Membership  
2) En Badrul, Club President  
3) En Mohd Razif, Club Secretary


Tetamu dari internet
En Abu Sufian menjumpai blog KPKL sewaktu melayari internet.


***************************************************************
SESI UCAPAN SPONTAN

En Hadzrin Shah mengacarakan sesi ucapan spontan dengan gaya bertenaga dan dramatik. Walaupun topik ucapan merupakan peribahasa, pemidato berani menghadapi cabaran dengan semangat yang tinggi. 


Pemidato Ucapan Spontan
Pn Tharwah Kassim
Tajuk Ucapan: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat



Pemidato Ucapan Spontan
En Syed Abu Bakar (Ahli kelab yang paling "muda" kerana beliau merupakan ahli terbaru)
Tajuk Ucapan: Bara yang digeggam biar sampai jadi arang. 



Pemidato Ucapan Spontan
En Rezza (Tetamu dari Maybank)
Tajuk Ucapan: Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.



Pemidato Ucapan Spontan
En Abu Sufian (Tetamu dari internet)
Tajuk Ucapan: Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan.

*************************************************************

SESI UCAPAN PROJEK

Pemidato Ucapan Projek
Puan Tharwah Kassim
Buku Panduan Pemidato Lanjutan: Ucapan Yang Menghiburkan
Tajuk Ucapan: Bangau


Pemidato Ucapan Projek
En Syed Abu Bakar (Ahli kelab yang paling "muda" kerana beliau merupakan ahli terbaru)
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Pengenalan Diri
Tajuk Ucapan: Pidato


Pemidato Ucapan Projek
Cik Leong Oi Wah, DTM
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 3: Tepat Pada Sasaran
Tajuk Ucapan: Sebiji Epal Sehari 

****************************************************************

SESI PENILAIAN UCAPAN

Cik Suhana Sidik memulakan sesi penilaian dengan memberi nasihat kepada barisan penilai mengenai cara menilai ucapan pemidato:

Puji saya dan saya tak percaya kamu
Kritik saya dan saya tak suka kamu
Galakkan saya dan saya ingat kamu


Dato' Dr Kaisan menilai ucapan Puan Tharwah

En Hadzrin Shah menilai ucapan En Syed Abu Bakar


Puan Zaharah DTM, menilai ucapan Cik Leong Oi Wah DTM


En Rezza adalah seorang tetamu tetapi beliau tidak teragak-agak menjadi Penilai Peggunaan Bahasa. Beliau mencatat bahasa indah yang digunakan oleh pemidato. Kepada pemidato yang menggunakan kata-kata bahasa inggeris, beliau memberi cadangan yang wajar. Laporan menghiburkan kerana mempunyai unsur lawak jenaka. Syabas!

Selepas mesyuarat, En Rezza menjadi ahli baru. 
Terima kasih kerana memilih KPKL


En Nazri memainkan peranan sebagai Penilai Pengira Penggunaan "Ah". Beliau memberi laporan yang unik kerana beliau mengira bunyi "ah" mengikut dua kategori - "Ah" panjang dan "Ah" pendek. Seronoknya mendengar laporannya! Syabas! 


Cik Shikin menyampaikan laporan masa. Sebagai Penjaga Masa, beliau mencatat masa untuk setiap pemidato dan memberi laporan yang jelas belaka. Syabas!