Sunday, July 18, 2010

KPKL adalah President's Distinguished Club


From: Zaharah Ibrahim [mailto:zaharah_ac2@yahoo.com]
Sent: Wednesday, July 07, 2010 9:00 AM
Subject: Kelab Pidato Kuala Lumpur - Presidents Distinguished Club

Rakan AJK Kelab 2009/2010
&
Rakan AJK Kelab 2010/2011
Kelab Pidato Kuala Lumpur.


Awal pagi ini saya telah menyemak kedudukan keahlian Kelab kita dengan laporan TI. Pendaftaran 7 ahli baru kita telah disah terima oleh TI, sepertimana tercatat dalam fail berkelat.

Pada 30 Jun 2010,keahlian Kelab adalah seramai 21 orang. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-raan kerana bekerja keras untuk mempastikan kelab kita layak menyertai Distinguished Club Program TI 2009/2010. Di Mesyuarat 10 Jun, kita bersekutu kata untuk meneruskan usaha mencari ahli baru...........Tahniah!.

Senarai ahli yang dikelatkan mempunyai maklumat terperinci ahli. Diharap penggunaan maklumat ini dihadkan dikalangan AJK serta untuk tujuan mesyuarat Kelab kita sahaja. Jangan edarkan alamat kediaman ahli kelab kita diluar AJK, melainkan setelah mendapat persetujuan awal daripada mereka yang berkenaan.

Nama ahli yang diwarnakan biru adalah ahli baru kelab dan perlu dimasukkan kedalam senarai emel perhubungan kelab dengan ahli.


Kepada semua AJK 2009/2010:
Kerjasama dan sokongan padu saudara/i telah membuat pengurusan Kelab dapat berjalan lancar dan mengatasi cabaran. Berbanyak terima kasih, sdra/i yang dikasihi,


Kepada semua AJK 2010/2011
Berilah perkhidmatan sebaik mungkin untuk kemajuan ahli dan Kelab Pidato Kuala Lumpur. Semoga Berjaya.


Terima kasih.



Salam hormat,

Zaharah Ibrahim
Mantan Presiden




Monday, April 5, 2010

Tahniah kepada Ybhg Dato Dr Mohd Kaisan

*

*

Dato Dr Mohd Kaisan Rahman




From: Zaharah Ibrahim [mailto:zaharah_ac2@yahoo.com]
Sent: Saturday, April 03, 2010 2:28 AM
To: Dr Mohd Kaisan
Subject: Tahniah kepada YBhg Dato Dr Mohd Kaisan Rahman


Saya serta seluruh warga Kelab Pidato Kuala Lumpur mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg Dato Dr Mohd Kaisan Abdul Rahman di atas pengurniaan Darjah Jiwa Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Saya berbangga serta turut bergembira di atas suatu lagi pencapaian peribadi Datuk Paduka.


Salam

Zaharah Ibrahim &
Warga Kelab Pidato Kuala Lumpur




*
*
*

Saturday, March 27, 2010

Mesyuarat pada 25 Mac 2010

*

MESYUARAT PADA 25 MAR 2010
*

Presiden Zaharah Ibrahim, DTM


En Ridzuan sebagai Pengacara Sesi Ucapan Spontan


Prof Dato' Dr Wan Zin, Pemidato Ucapan Spontan


En Tan Wooi Hong dari Taman Indrahana Toastmasters Club. Beliau pertama kali menyampaikan ucapan dalam Bahasa Malaysia. Syabas!


Kim Chow adalah Penilai Ucapan Spontan.


Prof Dato' Dr Wan Zin menyampaikan projek 8.
*
Tajuk Ucapan: Bersedia



Tan Wooi Hong from Taman Indrahana Toastmasters Club presented Project 10 - Inspire Your Audience.
*
Speech Title: Sharpen the Saw

Toastmaster Tan inspired the audience with an uplifting speech. He started with a powerful story and finished with a dramatic conclusion using a 10-ringgit note and a 50-ringgit note to drive the message home. He received a standing ovation.



Ridzuan menyampaikan ucapan


Dr Kaisan menyampaikan ucapan


En Shahrozaini memainkan peranan sebagai Penilai Perdana.


Cik Kay Wong, Naib Presiden Pendidikan dari Taman Indrahana Toastmasters Club adalah Penjaga Masa.


En Ridzuan menilai ucapan Prof Dato' Dr Wan Zin.


Kim Chow menilai ucapan En Tan Wooi Hong dari Taman Indrahana Toastmasters Club.


Prof Dato' Dr Wan Zin menilai ucapan En Ridzuan


En Hadzrin menilai ucapan Dr Kaisan


Sunday, March 14, 2010

Mesyuarat pada 11 Mac 2010

*
Gambar-gambar oleh Kim Chow

Laporan oleh En Ridzuan


MESYUARAT PADA 11 MAR 2010

Ridzuan sebagai Bentara Mesyuarat menjemput Presiden Zaharah Ibrahim untuk menyampaikan ucapan aluan.

Mesyuarat dimulakan pada jam 8.10 malam sejurus selepas hidangan makan malam berakhir. Sdr. Ridzuan mengalu-alukan kedatangan para tetamu dari kelab Toastmasters dan ahli-ahli KPKL. Tanpa membuang banyak masa, Puan Presiden dijemput untuk menyampaikan ucapan presiden.
*
Puan presiden memulakan ucapan dengan menyatakan kekagumannya terhadap pemidato-pemidato antarabangsa yg bertanding di kuala lumpur. “Mereka sungguh petah berbahas dan berpidato dalam bahasa melayu dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperkenalkan kelab kita kepada warga Lembah Kelang.”
*
Justeru itu, Puan Presiden mengingatkan agar ahli-ahli KPKL untuk terus menyumbang ke arah kemajuan diri dan kelab dan mempromosikan KPKL kepada warga kota yg dahagakan kemajuan dalam kehidupan. Ahli-ahli KPKL digalakkan untuk turut serta membantu dalam menjayakan pertandingan ‘Ucapan Antarabangsa dan Ucapan Spontan’ peringkat daerah B yg dijadualkan pada 17 April 2010 di UNITAR.


Kim Chow adalah Pengacara Majlis


Pengacara majlis saudari Kim Chow telah memulakan majlis dengan bersemangat kerana dia selalu berterima kasih kepada mereka yang berjasa dan memberi sumbangan kepada kejayaan orang lain.
*
Kali ini, saudari pengacara majlis ini telah mengajak para hadirin untuk mengenang jasa dan berterima kasih kepada pengasas Toastmasters International iaitu Dr Ralf Smedley. Setelah 86 tahun dimulakan, program Toastmasters telah membantu ribuan insan seluruh dunia dalam mencapai kejayaan dalam aspek kemajuan diri.

Naib Presiden Dr Mohd Kaisan adalah Pengacara Sesi Ucapan Spontan

Sesi ucapan spontan diambil alih oeh Dr. Kaisan yang mana beliau telah menyediakan 5 soalan. “Jangan takut. Ini adalah soalan lazim dan saya memberi jaminan bahawa ianya agak mudah dan menyeronokkan.”

Ridzuan, pemidato ucapan spontan.

Topik: Program realiti mencari isteri dan bagaimana hendak memujuk agar isteri tidak berkecil hati.

Dengan gaya spontan, beliau telah memulakan dialog lucu berkenaan mencari pembantu bukan mencari ganti terhadap isterinya. Nampaknya dialog beliau tidak berkesan dan terpaksa memohon maaf kepada pihak penganjur dan menarik diri dari program realiti tersebut.


Janice Lee, ACB, daripada TTDI Toastmasters Club.

Topik: Bagaimana hendak menolak lamaran yang telah dipersetujui ibubapa.

Saudari Janice telah menggunakan pendekatan yang lembut bak kata pepatah “Bagai menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak tumpah.” Dengan berhati-hati, beliau telah merencanakan satu pujukan kepada kedua ibubapanya agar dibenarkan untuk memilih pilihan hatinya sendiri.

Permintaan ini disokong oleh dua faktor yang bertepatan iaitu faktor usia muda dan pengalaman hidup yang masih hijau. Walau bagaimanapun, cara ucapannya yang lemah-lembut dan lenggok susunan bahasa yang ikhlas itulah yang menjadi senjata.


Faqrul daripada UEM Academy Toastmasters Club “..... dah macam ustaz dalam forum perdana.”

Topik: Tok dukun dan nombor ekor

Saudara Faqrul telah mencabar dirinya untuk berucap di khalayak ramai buat pertama kali. Untuk kali pertamanya, beliau telah menjadi seorang pengamal perubatan tradisional dan cuba memenuhi permintaan seorang pemain judi ekor.

Dengan tegasnya Tok Dukun ini menolak permintaan nombor and menjelaskan bahawa judi adalah perbuatan sia-sia. Beliau telah menasihatkan pemuda itu untuk berusaha dan mencari pendapatan dari sumber yang baik dan tidak putus asa.


Mantan Presiden Abu Bakar Ngah, pemidato ucapan spontan

Topik: Agenda pertama oleh seorang pemangku sultan.

Daulat Tuanku!

Itulah sokongan padu yang diterima oleh Tuanku Abu bakar. Beliau menyatakan akan membubarkan institusi diraja agar jurang antara istana dan rakyat jelata dapat di rapatkan. Cara beliau yang amat santai dan bersahaja menarik perhatian para hadirin.

Daulat Tuanku!

Kim Chow, pemidato ucapan spontan.

Topik: Keinginan suami untuk berkahwin lagi.

Saudari Kim Chow telah menggunakan pendekatan “mengejutkan” dengan membenarkan suaminya berkahwin lagi tanpa bersedih hati. "Kalau kita sayangkan burung itu, biarkan ia terbang bebas, ia pasti kembali jika ditakdirkan milik kita.”

Menurut beliau, hidup ini amat singkat dan tidak berbaloi untuk bermurungan dan pilihlah untuk bergembira kerana hidup ini akan lebih bermakna jikalau kita menikmatinya.


Presiden Zaharah Ibrahim memainkan peranan Penilai Ucapan Spontan.

Seterusnya Puan Zaharah memulakan penilaian terhadap pemidato-pemidato ucapan spontan.

Antara aspek kebaikan yang di utarakan adalah keberanian pemidato-pemidato ucapan spontan untuk keluar dan berucap. Puan Penilai ucapan spontan juga meyampaikan penghargaan istimewa terhadap saudara Faqrul untuk keluar buat kali pertama dan saudari Janice kerana kefasihan bermadah.


Ridzuan menyertai sesi lawak jenaka.

Satu percubaan lawak yang hampir “blur”.



Hadzrin Shah menyertai sesi lawak jenaka.

Beliau sentiasa ada lawak simpanan untuk di kongsi apabila diperlukan. Lawak terbaru beliau berkenaan program realiti.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sambungannya di mesyuarat akan datang.


KPKL sedang bersidang. Dari kiri: Area Governor Hadzrin Shah, AAGW4 Janice Lee, Mantan Presiden Abu Bakar Ngah, Presiden Zaharah Ibrahim


KPKL sedang bersidang. Dari kiri: Faqrul, Naib Presiden Dr Mohd Kaisan, Ridzuan, Area Governor Hadzrin Shah


Ridzuan menyampaikan Projek 3 - Tepat Pada Sasaran.
Tajuk Ucapan: Kecil Tapak Tangan

Intipati ucapan beliau adalah “tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima” dan kita hendaklah saling bantu membantu sesama insan.

Prof Dato' Dr Wan Zin menyampakan Projek 7 - Menyelidik Tajuk Anda
Topic Ucapan: Ladang Kelapa Sawit - Lombong Emas Negara

Jikalau sawit adalah lombong emas, Prof adalah lombong ilmu. Ini adalah kerana Prof sangat mendalami dan arif mengenai ucapan yang disampaikan. Segala maklumat dan kenyataan adalah disokong dengan fakta-fakta yang kukuh.

Diakhir ucapannya, beliau menyarankan agar ahli-ahli KPKL untuk sama-sama menghargai pemberian tuhan didalam kehidupan ini dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati peluang-peluang pelaburan hadapan di dalam industri sawit.


Hadzrin Shah, seorang Area Governor, menyampaikan Projek 9 - Memujuk Dengan Bertenaga.

Tajuk Ucapan: Di Sini Dan Sekarang

Beliau mengajak para hadirin agar tidak mensia-siakan peluang yang datang dan menurutnya lagi, peluang yang terlepas tidak ada gantinya. Kita hendklah beusaha bersungguh-sungguh, kurangkan angan-angan dan tetapkan matlamat demi mencapai cita-cita.


Janice Lee, ACB, daripada TTDI Toastmasters Club memainkan peranan Penilai Perdana.


Mantan Presiden Abu Bakar Ngah menilai ucapan Ridzuan.

Komen beliau: “Banyak ruang untuk perbaiki diri.”


Presiden Zaharah Ibrahim menilai ucapan Prof Dato' Dr Wan Zin.

Komen beliau: “Bukti yang tak dapat disangkalkan lagi.”


Faqrul daripada UEM Academy Toastmasters Club menilai ucapan Hadzrin Shah.

“Bukti yang tak dapat disangkalkan lagi.”


Janice Lee adalah pemenang "Pemidato Ucapan Spontan Terbaik"

Janice ...
Madahnya lembut senyum menggula
Santapan minda mendetik dihati
Datang melawat hati percaya
KPKL disini datanglah lagi



Mesyuarat akan Datang Kelab Pidato Kuala Lumpur adalah pada:
25 haribulan Mac 2010
Pada masa dan tempat yang sama.



Wednesday, March 10, 2010

Mesyuarat pada 28 January 2010


Hasil nukilan Angeline Lee, ACB
*


Mesyuarat dimulakan oleh Puan Presiden. Beliau menyeru para hadirin untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Haiti, untuk menghargai apa yang kita ada. Kehidupan ini amat rapuh, sekelip mata semuanya boleh berubah.

Seterusnya, semua ahli diminta melawat kelab-kelab yang lain dan membantu untuk mewar-warkan kewujudan kelab Pidato KL.


Puan Zaharah memulakan mesyuarat dengan peringatan menghargai apa yang kita ada. Kehidupan amat rapuh, sekelip mata semuanya boleh berubah

Seterusnya, pengacara majlis mengambil alih. Pengacara Prof Dato’ Dr Wan Zin berkata walaupun bilangan kehadiran lebih kecil daripada yang diharapkan, ini bermakna semua hadirin berpeluang untuk berucap. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin, apakah tujuan kami menjadi ahli kelab Pidato KL?

Jawapan-jawapan yang diberi adalah untuk mempertingkatkan kemahiran dalam bidang komunikasi, memperbaiki cara berkomunikasi memandangkan tidak berpeluang bertutur dalam Bahasa Malaysia di tempat bekerja dan mengharungi cabaran menjadi penaja kelab baru.

Dalam sesi ucapan spontan, pengacara Hadzrin memperkenalkan sesi ini sebagai peluang untuk "bercakap di atas kaki", melatih keupayaan untuk berucap secara spontan dengan kata-kata yang bernas. Seperti mesyuarat yang lalu pada 21 Disember and 14 Januari, semua hadirin dijemput berucap, termasuk penilai ucapan spontan.

Prof Dato' Dr Wan Zin mendengar dengan teliti tajuk ucapan spontan yang diberi oleh pengacara Hadzrin


Ini disusuli pula dengan sesi ucapan projek. Ia dimulakan dengan ucapan projek no. 5 Bahasa Tubuh oleh Hakim, disertai dengan komputer riba beliau. Tajuk ucapan beliau juga adalah "Bahasa Tubuh". Fakta-fakta utama yang disampaikan oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Gaya berdiri
Pengucap disarankan berdiri dengan tegak, berkeyakinan semasa berucap dan tidak menggerakkan tubuh tanpa sebab.

2. Gerakan
Ia boleh digunakan untuk menarik perhatian penonton, dengan pergerakan yang berguna, dan mendramatikkan fakta-fakta.

3. Gerakan tangan
Digunakan untuk menunjukkan kepentingan fakta, apabila ditegaskan dengan tangan. Jangan suka mengenggam tangan, dan cuba berwaspada kepada reaksi penonton.

4. Mimik muka
Ia sepatutnya selaras dengan apa yang disampaikan. Seperti contoh, senyuman apabila bercerita menunjukkan bahawa kisahnya adalah ceria.

5. Tatapan mata
Membantu menyampaikan mesej dengan baik. Berwaspada apabila memandang penonton terlalu lama kerana ini boleh menimbulkan rasa yang kurang menyenangkan kepada penonton.

Dari tajuk Bahasa Tubuh, kita beralih kepada ucapan Alat Bantu Dengar oleh Hadzrin. Tajuk ucapan beliau adalah "Maharaja Penguin". Antara fakta-fakta menarik yang disampaikan oleh beliau adalah penguin berkeupayaan untuk menahan nafas selama 20 minit di dalam air dan boleh menjunam ke dalam laut sedalam 500 meter. Gambar-gambar yang ditunjukkan memang menarik and membantu penonton menghayati cerita beliau. Amat ketara beliau telah meluangkan masa untuk membuat kajian dan menyediakan alat bantu dengar yang sesuai untuk ucapan beliau.


Hadzrin dengan gambar Majaraja Penguin


Sesi penilaian pula mengambil masa yang lebih panjang daripada yang biasa kerana semua hadirin berpeluang memberi penilaian kepada kedua-dua ucapan projek. Kedua-dua penyampai projek ucapan berpendapat bahawa ini adalah amalan yang bermanfaat kerana berpeluang untuk menerima pandangan-pandangan yang berlainan.

Puan Zaharah memberi penilaian terhadap ucapan projek Hadzrin

Ciri yang berbeza pada mesyuarat kali ini adalah penyampai projek ucapan juga diberi peluang membalas penilaian yang dibentangkan. Contohnya, apabila Prof Dato' Dr Wan Zin memberi saranan bahawa ucapan Hadzrin sepatutnya disesuaikan kepada citarasa penonton dan tidak berunsur kebudak-budakan, Hazdrin menjawab sebenarnya inspirasi beliau adalah mendiang Steve Irvin. Beliau kagum dengan cara persembahan mendiang Steve Irvin yang amat menyayangi haiwan.

Penilai perdana mengakhiri sesi penilaian dengan saranan untuk memulakan mesyuarat tepat pada masa supaya dapat berakhir pada masa yang ditetapkan.

Sekian sahaja laporan untuk mesyuarat 28 Januari 2010. Mesyuarat kelab Pidato KL yang seterusnya adalah pada 11 Februari 2010. Jemputlah hadir bersama rakan-rakan anda.

*

Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat pada 21 Disember 2009

*
Article courtesy of Area W7 Blog
*
*
Hasil nukilan Angeline Lee, ACB
Setiausaha

Angeline Lee


Sebelum tahun ini berakhir, ada satu lagi perkara yang ingin saya lakukan. Satu perkara yang sungguh mencabar memandangkan penguasaan Bahasa Malaysia saya memang tidak mengkagumkan. Saya terasa ingin menyertai mesyuarat Toastmasters Pidato.

Secara kebetulan, pada pagi ini saya diberitahu mesyuarat Pidato mungkin akan diadakan pada malam ini. Setahu saya, Puan Zaharah adalah Koordinator Pidato and beliau mungkin tahu tentang mesyuarat Pidato ini. Jawapan beliau kepada pertanyaan saya seperti berikut:

“Ya, ada mesyuarat Pidato KL. Mesyuarat bermula 8 mlm. Makanan dijamu jam 7.30 mlm. Jemputlah datang. Salam, Zaharah”

Selepas menerima berita ini, saya teragak-agak pula. Patutkah saya menghadiri mesyuarat ini sedangkan bertutur dalam Bahasa Malaysia bukan suatu perkara yang paling mudah bagi saya? Kemudian, terfikir pula kalau tidak cuba, memang tidak akan tahu selama-lamanya.

Pada pukul 7.50 malam, saya tiba di tempat mesyuarat iaitu di Wisma UOA Pantai, Jalan Pantai Jaya. Kami menjamu nasi lemak untuk makan malam sebelum memulakan mesyuarat. Saya telah bersetuju mengambil peranan Pengira Penggunaan Ah (Ah-Counter). Saya memang tidak berkeyakinan mencuba peranan yang lain seperti

Ucapan Inspirasi (Invocation)
Pengacara Ucapan Spontan (Table Topics Master)
Pelawak (Humour Master)
Penilai Penggunaan Bahasa (Grammarian)
Penilai Perdana (General Evaluator)
Penilai Ucapan Spontan (Table Topics Evaluator)
Penilai Ucapan (Speech Evaluator)

Sememangnya, inilah kali pertama saya menyandang peranan Pengira Ah. Saya tidak pernah mencuba peranan ini dalam mana-mana mesyuarat Toastmasters sebelum ini. Cabaran yang seterusnya ialah menjalankan peranan ini dalam pertuturan Bahasa pula.

GEMPAR adalah perkataan hari ini (Word of the Day). Ini amat sesuai untuk mesyuarat Pidato terakhir tahun 2009 kerana mesyuarat ini sungguh mengemparkan. Ia diacarakan oleh pengacara (TME) yang penuh bakat and bersemangat. Pengacara mesyuarat ini tidak asing, tidak lain lagi ialah Mohd Hadzrin Shah, Gabenor Kawasan W2. Ucapan beliau penuh dengan kata-kata yang indah. Malangnya, saya tidak memahami kesemua ucapan beliau (dengan istilah-istilah yang indah tetapi asing kepada saya). Jadi saya meminta penilai Bahasa yang berpengalaman, Puan Zaharah, untuk memberi sedikit penerangan selepas mesyuarat kami berakhir.




Hadzrin Shah adalah Pengacara, Pelawak and Penilai Ucapan Spontan

Dalam sesi ucapan spontan, setiap hadirin diminta mengambil bahagian. Walaupun penuh dengan keraguan, saya mengambil bahagian juga. Saya tidak pernah rasa ucapan spontan adalah perkara yang mudah walaupun bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk mesyuarat Toastmasters Friendship. Apatah lagi untuk mencuba dalam Bahasa Malaysia!

Leganya perasaan saya apabila dapat berucap 1 minit 30 saat dalam ucapan spontan pertama saya di Kelab Pidato KL. Kami bergelak ketawa semasa sesi ucapan spontan, terutamanya ketika mendengar ucapan pengacara kami, sebab beliau memang hebat dengan persembahannya yang penuh dengan jenaka.

Sesi ini disusuli oleh ucapan project ke-5 Pergerakan Tubuh daripada buku panduan Pemidato Cekap (Competent Communicator manual) oleh Puan Zaharah. Ucapan beliau yang bertajuk Pengarah Syarikat penuh dengan semangat dan maklumat untuk para penonton. Sesi Penilaian pula amat menarik bagi saya kerana ia suatu pengalaman yang berbeza. Ini adalah pertama kalinya saya mendengar kata-kata seperti ucapan yang jitu dan lancar, dan juga imbasan mata.



Abu Bakar Ngah adalah Penilai Perdana

Selepas mesyuarat malam ini, saya terima pula utusan yang menarik daripada pengacara yang menggemparkan:


Dari: Hadzrin Shah
Tarikh: Selasa, Disember 22, 2009 12:03 AM
Tajuk: Kelab Pidato KL - Mesyuarat GEMPAR KE-14 pada 21 Dis 2009

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
*
Sepantas kilat dan setangkas halilintar yang menyambar, saya ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ahli-ahli dan tetamu yang hadir pada mesyuarat hari ini. Anda semua telah membuat mesyuarat kita gempar!

Namun, ada satu tugasan yang saya gagal lakukan. Saya kini berasa amat kesal dan bersalah. Akan tetapi takkan saya biarkan nasi menjadi bubur, jangan sampai harapan terkubur. Maka, ingin sungguh niat di hati untuk mengucapkan....

SELAMAT HARI JADI KEPADA NAIB PRESIDENT PENDIDIKAN DR KAISAN!!!

Semoga hidup saudara terus berbahagia. Hari jadinya ini yang keberapa, itu tanyalah pada tuan yang empunya.

Kini akhirnya selesailah tugas saya. Sekian, terima kasih.
Kita jumpa lagi tahun hadapan!

Hadzrin
Pengacara Mesyuarat terakhir 2009


Saudara saudari sekalian, kalau anda ingin mencuba mesyuarat Pidato, layarilah
http://pidatokualalumpur.blogspot.com/

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang masa dan tempat mesyuarat. Saranan saya ialah cubalah sekurang-kurangnya sekali, memang tidak akan menyesal.

Sekian sahaja laporan saya mengenai lawatan ke Kelab Pidato KL pada 21 Disember, menghadiri mesyuarat Pidato terakhir tahun 2009 yang memang menggemparkan.

Hasil nukilan Angeline Lee, Setiausaha
*