Tuesday, April 19, 2011

Mesyuarat pada 14 Apr 2011



Pemenang Pemidato Spontan Terbaik

En KL Ng (Assistant Manager, Bank Islam) menerima sijil daripada Dato' Dr Wan Zin, pemangku presiden


Pemenang Pemidato Projek Terbaik

En Wan Muhammad Imran (Technical Advisor, Shell Malaysia) menerima sijil daripada Dato' Dr Wan Zin, pemangku presiden



Ucapan Aluan

Dato' Dr Wan Zin menyampaikan ucapan aluan sebagai pemangku presiden.
Presiden kelab, Dato' Dr Kaisan, menjalankan tugas resmi di Kelantan.


Pengacara Mesyuarat

Cik Oi Wah DTM mengacarakan mesyuarat dengan berjaya, bertenaga dan bersemangat. Syabas!



Pengacara Sesi Ucapan Spontan

Puan Zaharah DTM memaklumkan kepada para hadirin, "Tajuk-tajuk berasaskan pesanan di papan iklan / papan kenyataan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur." Cara kreatif ini menghasilkan suatu sesi spontan yang menghiburkan. Syabas!

***************************************************
Sesi Ucapan Spontan

En Wan Muhammad Imran, pemidato ucapan spontan
Tajuk ucapan: Keriangan mengatasi segalanya - BMW



En Mohd Nazri, pemidato ucapan spontan
Tajuk ucapan: Vroom, V-Power, Keupayaan unik menambahkan kilometer anda


Cik Oi Wah DTM, pemidato ucapan spontan
Tajuk ucapan: Rumah Ku Syurga Ku – LPKKN 


En KL Ng, pemidato ucapan spontan
Tajuk ucapan: Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Kini Di Sini - TM





Cik Shikin Ali, pemidato ucapan spontan
Tajuk ucapan: Bersama Membasmi Dadah - DBKL



Puan Tharwah Kassim, pemidato ucapan spontan
Tajuk ucapan: Perlahankan Kenderaan Anda, Kawasan Perumahan - DBKL



***************************************************
Sesi Ucapan Projek

En Mohd Nazri, Assistant Manager, Bank Islam

Ucapan berdasakan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Ucapan Pengenalan Diri
Tajuk ucapan: Saya dan Teori Ekonomi

Maklumbalas daripada penilai ucapan, En Teoh Chun Ming, Gabenor Kawasan



************************************************
En Wan Muhammad Imran, Technical Advisor, Shell Malaysia

Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 2: Menyusun Ucapan Anda
Tajuk ucapan: Keputusan Hari Ini, Realiti Hari Esok



Maklumbalas daripada penilai ucapan, Cik Kim Chow

Pemidato yang berbakat dan berpotensi tinggi. Dengan gaya yang menarik, beliau berjaya menyampaikan pesanan kepada para pendengar dengan berkesan kerana beliau bijak menggunakan contoh-contoh yang menyentuh perasaan kita. Syabas!

**********************************************
Cik Oi Wah DTM, Company Secretary / Usahawan


Ucapan berdasakan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 6: Kepelbagaian Suara
Tajuk ucapan: Kewarasan Teriak

Maklumbalas daripada penilai ucapan, Dato' Dr Wan Zin 

Suatu ucapan yang berkualiti tinggi kerana mengandungi pesanan yang sangat bermanfaat kepada semua pendengar, mempunyai struktur yang jelas dan berjaya disampaikan secara berkesan. Pendengar bukan sahaja membawa balik mesej yang hendak disampaikan tetapi juga terhibur mendengarnya. Syabas dan tahniah dan teruskan kecemerlangan anda. 

**********************************************
Puan Tharwah Kassim, MD, Tharwah Consult Sdn Bhd

Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Lanjutan: Ucapan Yang Menghiburkan
Projek 4: Ucapan Yang Dramatik
Tajuk Ucapan: Kini Aku Mengerti


Maklumbalas daripada penilai ucapan, Puan Zaharah DTM



Sebuah ucapan yang sarat dengan peringatan dan pengajaran untuk dijadikan panduan hidup. 

Jalan cerita yang penuh dengan elemen dramatis sehinggakan saya sebagai penilai tertunggu-tunggu akan apa yang akan diceritakan seterusnya.   Kemuncak cerita ialah kemarahan anak yang mengambil tindak balas “memberontak”  dan penutupan yang mengembirakan.  Hadirin lain juga khusyuk mendengar.

Cara  penyampaian juga baik dengan penggunaan kepelbagaian suara dan perkataan-perkataan yang memberi  gambaran jelas disamping bahasa badan yang baik terutamanya tatapan mata.

*************************************************
Sesi Penilaian 


Puan Tharwah Kassim adalah Penilai Penggunaan Bahasa



Bahasa indah yang digunakan di mesyuarat
  1. memanfaatkan umat manusia
  2. menjengah menara gading
  3. sifat keremajaan
  4. akar umbi menyerap masuk
  5. menetapkan sasaran
  6. meneroka dan terus meneroka
  7. kemahuan manusia tidak terbatas
  8. muhasabah diri
  9. perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama
  10. membuat keputusan perlu menolak keputusan yang lain
  11. teriak akan menjauhkan hati
  12. mengorak langkah pertama

En KL Ng memainkan dua peranan
1. Pengira Penggunakan Penongkat Kata
2. Penjaga Masa

En KL Ng berjaya menyampaikan dua laporan serentak. Syabas!