Tuesday, May 31, 2011

Mesyuarat pada 26 Mei 2011

SESI UCAPAN SPONTAN

Gabenor Kawasan En Teoh Chun Ming (kiri) adalah pengacara sesi ucapan spontan.
Beliau mengemukakan tajuk kepada pemidato.

Puan Zaharah DTM
Tajuk Ucapan: 
Sekiranya anda menjumpai lampu Aladdin dan diberikan satu impian untuk dimakbulkan, apakah impian yang akan anda lafazkan?


En Abu Bakar Ngah
Tajuk Ucapan:
Sekiranya anda mempunyai RM1 juta ringgit, apakah yang akan anda lakukan dengan wang tersebut?


Cik Oi Wah DTM
Tajuk Ucapan:
Sekiranya anda boleh memutar balik masa, apakah yang akan anda lakukan? 


Dato' Dr Wan Zin
Tajuk Ucapan: 
Sekiranya anda hanya mempunyai hayat selama 3 bulan lagi, apakah yang akan anda lakukan? 




En Shahrozaini
Tajuk Ucapan: 
Sekiranya anda memenangi satu percutian ke satu destinasi pelancongan, apakah destinasi pilihan anda?


Kim Chow
Tajuk Ucapan: 
Sekiranya anda menjumpai “mesin masa” dan boleh pergi ke masa hadapan, apakah yang akan anda lakukan? 

*******************************************************
SESI UCAPAN PROJEK

Pemidato: Dato' Dr Wan Zin
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 7: Menyelidik Tajuk Anda
Tajuk Ucapan: Tekanan Darah

Penilai: En Teoh Chun Ming
Maklumbalas daripada penilai ucapan
Ucapan yang menarik dengan topik yang agak releven dengan hadirin iaitu “Tekanan Darah”. Ucapan tersebut penuh dengan informasi dan nyata sekali Dato’ telah membuat penyelidikan yang menyeluruh. Dato’ banyak menyelitkan hujah-hujah dan pendapat Dato' ke dalam ucapan tersebut. Ucapan Dato’ mempunyai struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Gerak bahasa and kepelbagaian suara Dato’ telah menambahkan lagi impak kepada ucapan tersebut. Dato’ telahpun mencapai objektif ucapan CC#7 – Menyelidik Tajuk Anda.

***********************************************************************

Pemidato: Cik Oi Wah DTM
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 9: Memujuk Dengan Bertenaga
Tajuk Ucapan: Rahsia Di Balik Senyuman


Penilai: En Abu Bakar Ngah
Maklumbalas daripada penilai ucapan
Ucapan 'Rahsia Di Sebalik Senyuman' adalah bertujuan untuk menggalakkan serta menggesa hadirin supaya sentiasa memberikan senyuman kerana senyuman boleh membawa banyak kebaikan.  DTM Oi Wah berjaya mengolahkan ucapan tersebut dengan bahasa yang mudah difahami, dan disertai dengan fakta-fakta yang menarik.  Ini menunjukkan beliau telah membuat banyak persediaan sebelum memberikan ucapan ini.


Senyum Umpama Titian
Dalam Kehidupan
Kau Tersenyum, Ku Tersenyum
Kemesraan Menguntum...


*******************************************

Pemidato: En Shahrozaini
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 9: Memujuk Dengan Bertenaga
Tajuk Ucapan: Cucilah Hati Kita

Penilai: Cik Oi Wah DTM
Maklumbalas daripada penilai ucapan
Persembahan Pemidato Shah sungguh menarik kerana beliau dapat memujuk para pendengar supaya sentiasa menyimpan hati yang baik. Dari tajuk projek “Cucilah hati kita” yang menyentuh kepentingan pendengar ke susunan ucapan yang berkesan, beliau berjaya memujuk pendengar untuk menerima pandangannya.

******************************************

Pemidato: Puan Zaharah DTM
Ucapan berdasarkan Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 5: Bahasa Tubuh
Tajuk Ucapan: Wira dan Wirawati Hidupku

Penilai: Dato' Dr Wan Zin
Maklumbalas daripada penilai ucapan
Ucapan yang menarik dan menepati objektif. Dipenuhi dengan berbagai gaya gerakan badan, air muka dan suara seolah-olah menonton sebuah drama yang penuh aksi. Tahniah!