Wednesday, September 30, 2009

Mesej daripada Naib Presiden Keahlian

Abu Bakar Ngah, Mantan Presiden Kelab Pidato Perdana dan Naib Presiden Keahlian Kelab Pidato Kuala Lumpur

From: Abu Bakar Ngah [mailto:abubakarngah@yahoo.com]
Sent: Tuesday, September 29, 2009 4:55 PM
Subject: Rumah Terbuka Aidilfitri Kelab Pidato KL

Ahli-ahli Pidato KL yang saya hormati

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kelab Pidato KL akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada mesyuarat yang akan datang 8hb Okt, jam 7.45malam di tempat biasa. Saya merupakan Pengerusi Penganjur mesyuarat tersebut. Sempena dengan majlis tersebut, kita akan menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk datang ke majlis ini (secara percuma), dan beberapa acara istimewa akan diadakan. Satu emel jemputan akan dihantar dalam sehari dua ini. Anda juga digalakkan menghebahkan kepada rakan-rakan anda yang berminat.

Berikut adalah antara yang dirancang:

1. Tema Mesyuarat: Selamat Hari Raya

2. Para hadirin digalakkan memakai pakaian raya masing-masing (baju melayu/kurung atau apa-apa baju tradisional). Hadiah istimewa akan diberikan kepada pakaian tercantik lelaki dan perempuan.

3. Kita akan menyediakan sedikit juadah hariraya istimewa, dan anda juga digalakkan untuk membawa kuih raya anda ke majlis tersebut.

4. Satu pertandingan Ucapan Spontan Raya Istimewa akan diadakan, dan akan dibuka penyertaan kepada seberapa ramai yang mungkin pada majlis tersebut. Beberapa hadiah istimewa akan diberikan kepada pemenang.

5. Kita akan memberi peluang kepada dua ahli untuk memberi ucapan projek, beserta penilaian kepada ucapan tersebut.

Sekian, dan diharap dapat kerjasama dari anda semua untuk menjayakan majlis tersebut, dan seterusnya menyemarakkan lagi nama Kelab Pidato KL.

Bakar
Naib Presiden Keahlian
Kelab Pidato KL
012-2325670

*

*