Monday, June 29, 2009

MESEJ DARIPADA DR MOHD KAISAN


From: Dr Mohd Kaisan [mailto:drkaisan@gmail.com]
Sent: Monday, June 29, 2009 1:55 AM
Subject: MESYUARAT KELAB PIDATO KUALA LUMPUR


Salam sejahtera semua ahli Kelab Pidato KL

Syabas kepada semua ahli-ahli yang telah hadir pada mesyuarat keempat kita pada 25hb Jun yang lalu.


Mesyuarat pada malam tersebut telah dimulakan pada jam 8.30 malam oleh Semsuhaidi selaku Bentara dan diacarakan oleh Sdri Kim Chow yang sangat ceria dan bersahaja semasa mengacarakan majlis tersebut.. Pada mesyuarat berkenaan, Puan Presiden kita telah memaklumkan bahawa Kelab Pidato KL telah didaftarkan secara resmi dengan TMI pada bulan Jun.


Mesyuarat telah dimulakan dengan sesi ucapan inspirasi oleh NPP mengenai cerita tikus dan perangkap...........ucapan spontan telah dikendalikan oleh Sdr Norizal Faizal degan tajuk berkisar pada tema hari bapa. Seramai 4 peserta telah mengambil bahagian dan acara tersebut telah dimenangi oleh Puan Presiden kita sendiri. Sesi penilaian projek telah dikendalikan dengan jayanya oleh Mantan Presiden Kelab Pidato Perdana, Sdr Rohijaz.


Sesi lawak jenaka telah di jayakan oleh Sdr Hadzrin dan telah mengkisahkan cerita2 telefon, cerita anak2 ayam yang seramai 100 ekor yang telah hilang tanpa mengetahui alamat destinasi, dan akhir sekali cerita mengenai rambut merah manusia yang serupa dengan warna burung kakak tua.


Ucapan projek telah di mulakan oleh Prof Dato Dr Wan Zain mengenai kehidupan beliau semasa kecil dan isu2 alam sekitar yang sangat releven pada masa kini. Ucapan pengenalan diri telah di lakukan dengan begitu berkesan sekali oleh Sdr Semsuhaidi, beliau sempat menceritakan bahawa beliau berasal daripada 2 negeri iaitu negeri Kelantan dan Serawak atau singkatnya Kelawak.......


Sesi ucapan penilaian projek telah di kendalikan oleh Sdr Hadzrin selaku penilai perdana, Sdr Koshim yang menilai ucapan Prof Dr Zain dan saudara Ernest yang menilai ucapan sulong Sdr Semsuhaidi ....

Syabas kepada semua yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

Dr Mohd Kaisan
Naib Presiden Pendidikan
*
*

Mesyuarat Keempat

MESYUARAT KEEMPAT PADA 25 JUN 2009
Klik gambar untuk besarkan


En Semsuhaidi sebagai bentara mesyuarat


Dr Mohd Kaisan menyampaikan ucapan inspirasi


En Mohd Hadzrin Shah, Penilai Perdana


En Norizal Faisal, Pengacara Sesi Ucapan Spontan


En Rohijas Md Sharif, Penilai Ucapan Spontan


En Mohd Hadzrin Shah mengacarakan Sesi Jenaka


Prof Dato' Dr Wan Zin, Pemidato Ucapan Projek


En Semsuhaidi Shaari, Pemidato Ucapan Projek


En Khoshim Malim, Penilai Ucapan Projek


En Ernest Wong, Penilai Ucapan Projek


En Shahrozaini, Penilai Penggunaan Bahasa


En M Ridzuan, Penggira Penggunaan Ah


En S K Ratnam, Penjaga Masa


Puan Presiden Zaharah, Pemenang Pemidato Spontan Terbaik


Saturday, June 13, 2009

Mesyuarat Ketiga

MESYUARAT KETIGA PADA 11 JUN 2009

Klik gambar untuk besarkan



Presiden Zaharah meyampaikan ucapan aluan


Dr Mohd Kaisan, Pengacara


En Abu Bakar Ngah, Penilai Perdana


En Ridzuan, Pengacara Ucapan Spontan


En Faisal, Penilai Penggunaan Bahasa


Prof Dato' Dr Wan Zin, Pemidato Ucapan Spontan


En Hakim Hamzah, Pemidato Ucapan Spontan


En Abu Bakar Ngah, Pemidato Ucapan Spontan


En Semsuhaidi (Sam), Pemidato Ucapan Spontan


Dr Mohd Kaisan, Pemidato Ucapan Projek


En Hakim Hamzah, Pemidato Ucapan Projek


Prof Dato' Dr Wan Zin, Pemidato Ucapan Projek


En Shahrozaini, Penilai Ucapan


En Hakim Hamzah, Pemidato Ucapan Spontan Terbaik


Prof Dato' Dr Wan Zin, Pemidato Ucapan Projek Terbaik


En Hakim Hamzah, Penilai Ucapan Terbaik


Pemenang Pada Mesyuarat 28hb Mei 2009

Abu Bakar Ngah, Presiden Zaharah, Dr Mohd Kaisan & Kim Chow