Sunday, June 26, 2011

Mesyuarat pada 23 Jun 2011

Laporan dan gambar daripada Cik Leong Oi Wah DTM

Oi Wah DTM

MESYUARAT PADA 23 JUN 2011

En Hakim Hamzah adalah pemenang Pemidato Spontan Terbaik. Syabas!


Dato' Dr Kaisan memenangi Pemidato Projek Terbaik. Tahniah!

Presiden Dato' Dr Kaisan meyampaikan ucapan aluan

Mesyuarat berlangsung

Para hadirin

Mesyuarat bermula dengan Presiden Dato' Dr Kaisan mengilhamkan kita supaya jauhkan diri dari perasaan bosan dan memeluk perasaan berangan-angan.


Sesi ucapan spontan bertema “Hari Bapa”. Tajuk-tajuk untuk empat perserta adalah berikut:

  1. En Nazri - "Bapa Borek Anak Rintik"
  2. En Abu Bakar Ngah - "Bapa Mertua Saya" (sungguh lucu apabila En Abu Bakar bermula dengan "Bapa mertua saya satu sahaja…)
  3. En Hakim Hamzah - "Panduan Menjadi Bapa Terbaik"
  4. En Wan Muhammad Imran - "Bapa Moden"


Cik Shikin Ali telah menukar tajuk ucapan ke “Usaha Tangga Kejayaan” manakala tajuk ucapan Dato' Dr  Kaisan ditukar ke “Kecemerlangan Pendidikan”. Walaupun masih mengguna nota, ucapan Shikin lebih lancar dan tampak yakin.

Penilaian untuk semua pemidato adalah cemerlang. Syabas!

Di sesi jenaka, selepas memaklumkan maksud orang yang berambut tebal, nipis dan sebagainya, Dato' Dr  Kaisan terus bertanya apakah yang berambut hijau dan merah. Jawapan ialah ….. rambutan!

Di akhir mesyuarat, Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memainkan peranan masing-masing untuk membantu KPKL mencapai anugerah “Select Distinguished Club”.


Tuesday, June 21, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan_09 Jun 2011


AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
  1. Menerima laporan jawatankuasa 2010/2011
  2. Menerima dan meluluskan Penyata Akaun bagi tempoh April 2010 - Mac 2011
  3. Melantik Ahli Jawatankuasa bagi penggal 2011/2012
  4. Melantik juruodit dalaman
Presiden Dato' Dr Kaisan menyampaikan laporan. 

Naib Presiden Pendidikan En Hadzrin (kiri) menyampaikan laporan.

Naib Presiden Perhubungan Awam Dato' Dr Wan Zin (tengah) memberi laporan.

Bendahari En Shahrozaini (kanan) membentangkan Penyata Akaun yang terperinci.
Laporan beliau mengandungi 15 muka!

Mantan Presiden Pn Zaharah (kanan) dilantik sebagai pegawai pengundian.
Beliau menjalankan pemilihan AJK untuk penggal 2011/2012

Keputusan pemilihan AJK untuk penggal 2011/2012