Monday, October 12, 2009

Mesyuarat Ke 9

MESYUARAT KESEMBILAN PADA 8 OKTOBER 2009
*
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Program mesyuarat (klik untuk besarkan)



Presiden Puan Zaharah bergambar dengan pemenang Pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Pemenang pertama ialah En Rahmat Abu (kiri) dan pemenang kedua ialah En Hakim Hamzah (kanan). Pemenang ketiga ialah En Asri yang tiada dalam gambar.
*
En Rahmat datang ke mesyuarat sebagai tetamu tetapi pada masa mesyuarat berakhir, beliau telah menjadi ahli. Tahniah!
*
*
Presiden Puan Zaharah bergambar dengan pemenang baju raya tercantik, Cik Suhana Sidik (kiri) and En Hakim Hamzah (kanan). Amboi!


En Abu Bakar, Pengacara Sesi Ucapan Istimewa Hari Raya bergambar dengan pemenang Pemidato Ucapan Spontan. Pemenang pertama ialah En Rahmat Abu (kiri) and pemenang kedua ialah En Hakim Hamzah (kanan). Pemenang ketiga, En Asri, tiada dalam gambar.



Kelab Pidato Kuala Lumpur mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri sebelum mesyuarat bermula. Terdapat banyak makanan yang sedap dan lazat seperti ketupat nasi & buah kacang, lemang & rendang ayam, ayam panggang, meehoon goreng, biskut raya.


Berbagai jenis makanan raya. Jemputlah makan!


Kalau makanan tak habis, boleh 'tapau' selepas mesyuarat.


Diucapkan ribuan terima kasih kepada ramai tetamu yang sudi datang ke rumah terbuka kami.


Terima kasih kepada Gabenor Toastmasters yang turut bersama meraikan Aidilfitri.


Prof. Dato' Dr Wan Zin harus makan dahulu supaya dapat tenaga untuk bercakap kemudian.


Sungguh ramai tetamu sehingga tak cukup tempat duduk. Beberapa orang terpaksa duduk di luar bilik mesyuarat. Minta maaf. Lain masa kami akan tempah kerusi!


Dr Mohd Kaisan, pengacara mesyuarat yang berpengalaman


En Syafiq, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau pandai bersajak dan berpantun. Syabas!



En Asri, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau adalah pemidato yang sungguh handal.


Cik Suzi, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau boleh menyanyi seperti artis professional!


En Rahmat, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Belum masuk Toastmasters, sudah mahir berpidato! Inilah persaingan hebat!


En Wai Yip, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau menyampaikan ucapannya dengan lancar walaupun berkata tak biasa berpidato dalam Bahasa Malaysia. Syabas!


En Hakim, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau adalah seorang pemidato yang membawa ilham kepada pemidato yang lain.


Cik Ai Ling, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau menyampaikan ucapan dengan keyakinan. Syabas!


Datin Jacinta, pemidato Ucapan Spontan Istimewa Hari Raya. Beliau berpidato dengan gaya yang menarik.


En Shahrozaini menilai ucapan projek Kim Chow


En Khoshim Malim menilai ucapan projek Prof. Dato' Dr Wan Zin


Prof. Dato' Dr Wan Zin menyampaikan ucapan projek 4


Kim Chow menyampaikan ucapan projek 5





Friday, October 2, 2009

Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya

Klik kad jemputan untuk besarkan