Sunday, May 17, 2009

MESEJ DARIPADA DR MOHD KAISAN


From: Dr Mohd Kaisan [mailto:drkaisan@gmail.com]
Sent
: Saturday, May 16, 2009 3:22 AM
Subject: KELAB PIDATO KUALA LUMPUR

Salam sejahtera semua ahli dan bakal ahli

Tahniah sekali lagi kerana kita telah berjaya mengadakan MESYUARAT LAZIM PERTAMA kita pada malam jumaat yang lalu.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam mesyuarat malam tadi, nama kelab kita ialah KELAB PIDATO KUALA LUMPUR dan kita akan mendaftarkan kelab tersebut sebagai "Advanced Club" atau "Kelab Lanjutan". Seramai 15 ahli pengasas "Charter Member" yang rata-ratanya berstatus ahli berganda telah hadir dan mengisi borang keahlian Kelab Pidato Kuala Lumpur (KPKL) pada mesyuarat malam tadi dan pihak AJK bercadang untuk mendaftarkan kelab kita dengan Toastmasters menjelang 1hb Jun nanti.

Maklumat-maklumat terkini serta gambar-gambar aktiviti kelab boleh didapati melalui laman web Kelab Pidato Kuala Lumpur iaitu di http://pidatokualalumpur.blogspot.com/. Laman web tersebut telah dibangunkan dan dikemaskini oleh ahli pengasas Sdr Kim Chow. Syabas kami semua ucapkan atas sumbangan ikhlas anda terhadap kelab.
*
*

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih