Monday, June 29, 2009

MESEJ DARIPADA DR MOHD KAISAN


From: Dr Mohd Kaisan [mailto:drkaisan@gmail.com]
Sent: Monday, June 29, 2009 1:55 AM
Subject: MESYUARAT KELAB PIDATO KUALA LUMPUR


Salam sejahtera semua ahli Kelab Pidato KL

Syabas kepada semua ahli-ahli yang telah hadir pada mesyuarat keempat kita pada 25hb Jun yang lalu.


Mesyuarat pada malam tersebut telah dimulakan pada jam 8.30 malam oleh Semsuhaidi selaku Bentara dan diacarakan oleh Sdri Kim Chow yang sangat ceria dan bersahaja semasa mengacarakan majlis tersebut.. Pada mesyuarat berkenaan, Puan Presiden kita telah memaklumkan bahawa Kelab Pidato KL telah didaftarkan secara resmi dengan TMI pada bulan Jun.


Mesyuarat telah dimulakan dengan sesi ucapan inspirasi oleh NPP mengenai cerita tikus dan perangkap...........ucapan spontan telah dikendalikan oleh Sdr Norizal Faizal degan tajuk berkisar pada tema hari bapa. Seramai 4 peserta telah mengambil bahagian dan acara tersebut telah dimenangi oleh Puan Presiden kita sendiri. Sesi penilaian projek telah dikendalikan dengan jayanya oleh Mantan Presiden Kelab Pidato Perdana, Sdr Rohijaz.


Sesi lawak jenaka telah di jayakan oleh Sdr Hadzrin dan telah mengkisahkan cerita2 telefon, cerita anak2 ayam yang seramai 100 ekor yang telah hilang tanpa mengetahui alamat destinasi, dan akhir sekali cerita mengenai rambut merah manusia yang serupa dengan warna burung kakak tua.


Ucapan projek telah di mulakan oleh Prof Dato Dr Wan Zain mengenai kehidupan beliau semasa kecil dan isu2 alam sekitar yang sangat releven pada masa kini. Ucapan pengenalan diri telah di lakukan dengan begitu berkesan sekali oleh Sdr Semsuhaidi, beliau sempat menceritakan bahawa beliau berasal daripada 2 negeri iaitu negeri Kelantan dan Serawak atau singkatnya Kelawak.......


Sesi ucapan penilaian projek telah di kendalikan oleh Sdr Hadzrin selaku penilai perdana, Sdr Koshim yang menilai ucapan Prof Dr Zain dan saudara Ernest yang menilai ucapan sulong Sdr Semsuhaidi ....

Syabas kepada semua yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

Dr Mohd Kaisan
Naib Presiden Pendidikan
*
*

No comments: