Friday, March 11, 2011

Mesyuarat pada 10 Mac 2011

PEMENANG PEMIDATO SPONTAN TERBAIK

En Syed Abu Bakar menerima sijil daripada presiden kelab, Dato' Dr Kaisan. 

****************************************************************
PEMENANG PEMIDATO UCAPAN TERBAIK

En Syed Abu Bakar menerima sijil daripada president kelab, Dato' Dr Kaisan

****************************************************************
PARA HADIRIN

Sebahagian bilik mesyuarat


Tetamu dari UEM Academy Toastmasters Club (Kelab Bahasa Inggeris)
Dari kiri: 
1) En Ahmad Faqrul, Vice President Membership  
2) En Badrul, Club President  
3) En Mohd Razif, Club Secretary


Tetamu dari internet
En Abu Sufian menjumpai blog KPKL sewaktu melayari internet.


***************************************************************
SESI UCAPAN SPONTAN

En Hadzrin Shah mengacarakan sesi ucapan spontan dengan gaya bertenaga dan dramatik. Walaupun topik ucapan merupakan peribahasa, pemidato berani menghadapi cabaran dengan semangat yang tinggi. 


Pemidato Ucapan Spontan
Pn Tharwah Kassim
Tajuk Ucapan: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat



Pemidato Ucapan Spontan
En Syed Abu Bakar (Ahli kelab yang paling "muda" kerana beliau merupakan ahli terbaru)
Tajuk Ucapan: Bara yang digeggam biar sampai jadi arang. 



Pemidato Ucapan Spontan
En Rezza (Tetamu dari Maybank)
Tajuk Ucapan: Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.



Pemidato Ucapan Spontan
En Abu Sufian (Tetamu dari internet)
Tajuk Ucapan: Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan.

*************************************************************

SESI UCAPAN PROJEK

Pemidato Ucapan Projek
Puan Tharwah Kassim
Buku Panduan Pemidato Lanjutan: Ucapan Yang Menghiburkan
Tajuk Ucapan: Bangau


Pemidato Ucapan Projek
En Syed Abu Bakar (Ahli kelab yang paling "muda" kerana beliau merupakan ahli terbaru)
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Pengenalan Diri
Tajuk Ucapan: Pidato


Pemidato Ucapan Projek
Cik Leong Oi Wah, DTM
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 3: Tepat Pada Sasaran
Tajuk Ucapan: Sebiji Epal Sehari 

****************************************************************

SESI PENILAIAN UCAPAN

Cik Suhana Sidik memulakan sesi penilaian dengan memberi nasihat kepada barisan penilai mengenai cara menilai ucapan pemidato:

Puji saya dan saya tak percaya kamu
Kritik saya dan saya tak suka kamu
Galakkan saya dan saya ingat kamu


Dato' Dr Kaisan menilai ucapan Puan Tharwah

En Hadzrin Shah menilai ucapan En Syed Abu Bakar


Puan Zaharah DTM, menilai ucapan Cik Leong Oi Wah DTM


En Rezza adalah seorang tetamu tetapi beliau tidak teragak-agak menjadi Penilai Peggunaan Bahasa. Beliau mencatat bahasa indah yang digunakan oleh pemidato. Kepada pemidato yang menggunakan kata-kata bahasa inggeris, beliau memberi cadangan yang wajar. Laporan menghiburkan kerana mempunyai unsur lawak jenaka. Syabas!

Selepas mesyuarat, En Rezza menjadi ahli baru. 
Terima kasih kerana memilih KPKL


En Nazri memainkan peranan sebagai Penilai Pengira Penggunaan "Ah". Beliau memberi laporan yang unik kerana beliau mengira bunyi "ah" mengikut dua kategori - "Ah" panjang dan "Ah" pendek. Seronoknya mendengar laporannya! Syabas! 


Cik Shikin menyampaikan laporan masa. Sebagai Penjaga Masa, beliau mencatat masa untuk setiap pemidato dan memberi laporan yang jelas belaka. Syabas!



No comments: