Sunday, June 26, 2011

Mesyuarat pada 23 Jun 2011

Laporan dan gambar daripada Cik Leong Oi Wah DTM

Oi Wah DTM

MESYUARAT PADA 23 JUN 2011

En Hakim Hamzah adalah pemenang Pemidato Spontan Terbaik. Syabas!


Dato' Dr Kaisan memenangi Pemidato Projek Terbaik. Tahniah!

Presiden Dato' Dr Kaisan meyampaikan ucapan aluan

Mesyuarat berlangsung

Para hadirin

Mesyuarat bermula dengan Presiden Dato' Dr Kaisan mengilhamkan kita supaya jauhkan diri dari perasaan bosan dan memeluk perasaan berangan-angan.


Sesi ucapan spontan bertema “Hari Bapa”. Tajuk-tajuk untuk empat perserta adalah berikut:

  1. En Nazri - "Bapa Borek Anak Rintik"
  2. En Abu Bakar Ngah - "Bapa Mertua Saya" (sungguh lucu apabila En Abu Bakar bermula dengan "Bapa mertua saya satu sahaja…)
  3. En Hakim Hamzah - "Panduan Menjadi Bapa Terbaik"
  4. En Wan Muhammad Imran - "Bapa Moden"


Cik Shikin Ali telah menukar tajuk ucapan ke “Usaha Tangga Kejayaan” manakala tajuk ucapan Dato' Dr  Kaisan ditukar ke “Kecemerlangan Pendidikan”. Walaupun masih mengguna nota, ucapan Shikin lebih lancar dan tampak yakin.

Penilaian untuk semua pemidato adalah cemerlang. Syabas!

Di sesi jenaka, selepas memaklumkan maksud orang yang berambut tebal, nipis dan sebagainya, Dato' Dr  Kaisan terus bertanya apakah yang berambut hijau dan merah. Jawapan ialah ….. rambutan!

Di akhir mesyuarat, Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana memainkan peranan masing-masing untuk membantu KPKL mencapai anugerah “Select Distinguished Club”.


No comments: