Sunday, August 7, 2011

Majlis Perlantikan & Mesyuarat pada 28 Julai 2011



Ahli Pentadbir Kelab 2011/2012
Presiden Dato' Dr Wan Zin memimpin pasukan baru.

Lencana untuk AJK baru (penggal 2011/2012)

Cenderahati untuk AJK lama (penggal 2010/2011)
Penaja adalah Ilmiah Sdn Bhd

Presiden Dato' Dr Wan Zin menyampaikan lencana kepada AJK.

Presiden Dato' Dr Wan Zin menyampaikan lencana kepada
mantan presiden Dato' Dr Kaisan

AJK penggal 2010/2011 menerima hadiah sebagai tanda terima kasih.
Hadiah ditaja oleh Ilmiah Sdn Bhd

Gabenor Kawasan En Gan Teong Hock menyempurnakan majlis perlantikan.

Presiden Dato' Dr Wan Zin menyampaikan cenderahati kepada
Gabenor Kawasan En Gan Teong Hock.
Hadiah ditaja oleh Ilmiah Sdn Bhd 

Presiden Dato' Dr Wan Zin memberi ucapan selepas majlis perlantikan.


Pengacara Majlis En Hakim Hamzah

Tuan Haji Hashim Adnan sudi mengunjungi KPKL sebagai penilai perdana.
Beliau adalah mantan presiden Money Mastery Toastmasters Club.

En Wan Imran (kiri) adalah pengacara sesi ucapan spontan.
Beliau mengumumkan tajuk kepada pemidato.

Pemidato ucapan spontan: Dato' Dr Wan Zin
Tajuk
Ciri-ciri Pemimpin Idiola Anda

Pemidato ucapan spontan: Cik Oi Wah DTM
Tajuk
Wanita Sebagai Pemimpin

Pemidato ucapan spontan: En Hakim Hamzah
Tajuk
Pemimpin Dilahirkan Atau Dibentuk?

Pemidato ucapan spontan: Puan Siti Salina
Tajuk
Cabaran Seorang Pemimpin

Pemidato ucapan spontan: Cik Kim Chow
Tajuk
Kita Tidak Perlu Ada Jawatan Untuk Menjadi Pemimpin

Pemidato ucapan spontan: Cik Siew Fun DTM
Tajuk
Jika Saya Menerajui Kepimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia 

Mantan president En Abu Bakar memberi saranan sebagai penilai ucapan spontan.

En Hakim Hamzah memenangi Pemidato Spontan Terbaik. 

Pemidato ucapan projek: En Wan Imran
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 5: Bahasa Tubuh
Tajuk: Menumpang Kereta Orang

En Shahrozaini menilai ucapan En Imran.

Mantan presiden Dato' Dr Kaisan menghiburkan para hadirin dengan ucapan jenaka.

Cik Siew Fun DTM memberi laporan penggunaan penongkat bahasa.
Beliau melafazkan ungkapan berikut:

Di malam yang begitu indah,
Suasana yang begitu meriah,
Ayuh kawan-kawan, mari mengikuti saya,
Perkembangan jaringan gol dalam laporan pengira ah.

Mantan Presiden Puan Zaharah memberi laporan masa.

Presiden Dato' Dr Wan Zin menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Hashim Adnan.
Cenderahati ditaja oleh Ilmiah Sdn Bhd 

1 comment:

Rohi Jas said...

Gambar-gambar yang menarik. Menyebabkan saya tertarik untuk menjenguk, satu hari nanti.