Saturday, October 8, 2011

Mesyuarat Pada 22hb September 2011



En Emil Anthony (kiri) dari MAS Toastmasters Club menerima sijil Pemidato Spontan Terbaik
daripada presiden Dato' Prof Dr Wan Zin DTM.
Pengacara Majlis En Wan Imran berdiri di kanan. 

Penilai Perdana Cik Tan Lay Theng (kiri), mantan presiden Friendship Toastmasters Club
menerima cenderahati daripada Presiden Dato' Prof Dr Wan Zin DTM.  

Penilai Ucapan En Emil Anthony (kiri) dari MAS Toastmasters Club
menerima cenderahati daripada Presiden Dato' Prof Dr Wan Zin DTM.

Presiden Dato' Prof Dr Wan Zin DTM menyampaikan ucapan aluan.

Pengacara Majlis En Wan Imran memulakan acara dengan menyampaikan korus lagu Satu Malaysia:
Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat
Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu Malaysia.

Pengacara sesi ucapan spontan En Teoh Chun Ming (kanan) memperkenalkan tajuk
dan menjemput pemidato menyertai acara ini. 

Pemidato ucapan spontan: Cik Oi Wah DTM
Tajuk
Kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia.
Bagaimanakah saudari menyambut hari tersebut?

Pemidato ucapan spontan: En Hakim Hamzah
Tajuk
Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun.
Namun begitu, ramai dari golongan remaja yang belum merdeka dari segi minda
dan mereka mengagung-agungkan budaya barat.
Apakah komen saudara? 


Pemidato ucapan spontan: En Emil Anthony
Tajuk
Ada pihak yang mempertikaikan bahawa negara kita hanya perlu meyambut Hari Malaysia
kerana Hari Kemerdekaan tidak berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.
Apakah pendapat saudara?

Pemidato ucapan spontan: Kim Chow
Tajuk
Negara kita mempunyai tokoh-tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa
kepada pembangunan negara kita.
Tokoh manakah yang paling anda sanjungi dan mengapa?

Pemidato ucapan spontan: En Wan Imran
Tajuk
Selain daripada sukan, aktiviti Toastmasters juga dapat memupuk permufakatan antara kaum.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut?


Pemidato ucapan projek: En Hakim Hamzah
Buku Panduan Pemidato Lanjutan
Nama Buku: Ucapan Pengurusan
Projek 3: Memujuk dan Menginspirasi
Tajuk ucapan: Cintailah diri kita

Pemidato ucapan projek: Puan Zaharah DTM
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 7: Menyelidik Tajuk Anda
Tajuk Ucapan; Nahas Jalanraya

Penilai Perdana Cik Tan Lay Theng, seorang central banker dari Bank Negara Malaysia
dan mantan presiden Friendship Toastmasters Club.

Penilai sesi ucapan spontan, En A Bakar meyampaikan laporan penilaian. 

Penilai ucapan En Emil Anthony dari MAS Toastmasters Club
menilai ucapan En Hakim Hamzah.

Penilai ucapan Cik Oi Wah DTM menilai ucapan Pn Zaharah DTM

Cik Siew Fun DTM menyampaikan laporan masa

No comments: