Monday, November 23, 2009

Mesej daripada Naib Presiden Pendidikan




From: Dr Mohd Kaisan [mailto:drkaisan@gmail.com]
Sent: Tuesday, November 17, 2009 2:37 AM
Subject: Re: MESYUARAT KESEBELAS KELAB PIDATO KUALA LUMPUR

Salam sejahtera semua ahli,

Mesyuarat kesebelas kita pada 12 November yang lalu telah berjaya di adakan dan telah dihadiri oleh Puan Presiden kita, Sdr Hadzrin, Sdr Shahrozaimi, Sdr Hakim, Sdr Azmi Manaf, Sdr Ridzwan, Sdr Semsuhaidi, Sdri Leong Ooi Wah, Sdr Calvin Lim, Sdri Noratiah, Sdri Maisara dan saya sendiri.

Mesyuarat telah dimulakan dengan ketukan tukul bertalu-talu oleh Bentara Hadzrin. Presiden Zaharah telah menyeru agar semua ahli terus menyokong aktiviti2 yang dianjurkan oleh kelab semasa ucapan pembukaan mesyuarat. Mesyuarat telah diacarakan oleh Sdr Azmi Manaf dengan lancar yang diselang selitkan dengan perlbagai cerita jenaka beliau. Sesi ucapan spontan di kendalikan oleh Sdri Ooi Wah dengan tajuk2 seram beliau dan penuh dengan hilai ketawa yang mengerikan sesuai dengan tema Haloween pada mesyuarat berkenaan.
*
Mesyuarat berkenaan telah berpeluang mendengar ucapan projek bertajuk "Sokong lah piala Malaysia" oleh Sdr Hadzrin dan ucapan projek bertajuk "Sembat" oleh Sdr Ridzwan. Sesi penilaian perdana telah di kendalikan oleh Sdr Dr Kaisan dengan dibantu oleh Sdr Hakim yang menilai ucapan Sdr Hadzrin, Sdr Shahrozaimi yang menilai ucapan Ridzwan. Peranan penilai bahasa telah dimainkan oleh Sdr Hakim, Pengira Ah oleh Sdr Hadzrin dan penjaga masa oleh Sdr Ridzwan. Mesyuarat telah ditutup dengan hentakan tukul yang amat kuat oleh Bentara Hadzrin.

Sekian terima kasih
*
Dr Mohd Kaisan
NPP
*


*


*


No comments: