Wednesday, November 11, 2009

Mesej daripada Presiden


From: Zaharah Ibrahim [mailto:zaharah_ac2@yahoo.com]

Sent: Monday, November 09, 2009 12:24 PMSubject:

Re: MESYUARAT KESEBELAS KELAB PIDATO KUALA LUMPUR


Rakan-rakan Kelab Pidato Kuala Lumpur

Terima kasih Sdra NP Pendidikan Dr Kaisan kerana merancang suatu mesyuarat kelab kita pada hari Khamis 12 Nov 2009 yang menjanjikan kelainan. Saya percaya banyak cerita seram akan dikongsi bersama oleh hadirin. Selain itu ahli terbaru kita, Sdra Rahmat akan memberi ucapan sulungnya dan sokongan kita semua begitu penting untuk kelangsungan perjalanan Toastmasters beliau. Begitu juga bagi ahli-ahli kelab kita yang akan memberi ucapan mereka nanti, tepokan gemuruh kita dapat menyemarak semangat mereka untuk terus maju kehadapan.

Pengesahan kehadiran dan pengisian kekosongan peranan dengan kadar segera akan melicinkan perjalanan mesyuarat nanti. Berilah kerjasama kita kepada Dr Kaisan agar segala urusan persiapan mesyuarat 12 Nov dapat diatur lancar.


2. NP Keahlian Abu Bakar kini mempunyai minat baru - "clubbing". Beliau baru sahaja menghadiri mesyuarat PWC dan beberapa ahli kelab tersebut telah menyatakan minat untuk mengunjungi kelab kita nanti. Syabas Bakar di atas usaha sdra untuk memperkenalkan kelab kita kepada rakan-rakan Toastmasters di luar sana.


Kelab Pidato Kuala Lumpur milik kita ahli kelab. Kemajuan kelab adalah tanggungjawab bersama kita. Saya dengan itu amat berharap rakan-rakan semua akan menjemput / membawa tetamu ke setiap mesyuarat Kelab Pidato Kuala Lumpur agar tetamu dapat mengenali kelab kita dari dekat. Ingat pepatah "Tak kenal, maka tak cinta" !


3. Kita berjumpa di Mesyuarat Kelab Pdato Kuala Lumpur pada hari Khamis 12 Nov 2009. Jadikan Mesyuarat kali ini Mesyuarat terbaik oleh Kelab kita, dan Mesyuarat terbaik untuk tetamu kita!

Terima kasih.



Salam kasih sayang,

Zaharah Ibrahim
Presiden
Kelab Pidato Kuala Lumpur

tel: 019-3854885








No comments: