Sunday, March 14, 2010

Mesyuarat pada 11 Mac 2010

*
Gambar-gambar oleh Kim Chow

Laporan oleh En Ridzuan


MESYUARAT PADA 11 MAR 2010

Ridzuan sebagai Bentara Mesyuarat menjemput Presiden Zaharah Ibrahim untuk menyampaikan ucapan aluan.

Mesyuarat dimulakan pada jam 8.10 malam sejurus selepas hidangan makan malam berakhir. Sdr. Ridzuan mengalu-alukan kedatangan para tetamu dari kelab Toastmasters dan ahli-ahli KPKL. Tanpa membuang banyak masa, Puan Presiden dijemput untuk menyampaikan ucapan presiden.
*
Puan presiden memulakan ucapan dengan menyatakan kekagumannya terhadap pemidato-pemidato antarabangsa yg bertanding di kuala lumpur. “Mereka sungguh petah berbahas dan berpidato dalam bahasa melayu dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk memperkenalkan kelab kita kepada warga Lembah Kelang.”
*
Justeru itu, Puan Presiden mengingatkan agar ahli-ahli KPKL untuk terus menyumbang ke arah kemajuan diri dan kelab dan mempromosikan KPKL kepada warga kota yg dahagakan kemajuan dalam kehidupan. Ahli-ahli KPKL digalakkan untuk turut serta membantu dalam menjayakan pertandingan ‘Ucapan Antarabangsa dan Ucapan Spontan’ peringkat daerah B yg dijadualkan pada 17 April 2010 di UNITAR.


Kim Chow adalah Pengacara Majlis


Pengacara majlis saudari Kim Chow telah memulakan majlis dengan bersemangat kerana dia selalu berterima kasih kepada mereka yang berjasa dan memberi sumbangan kepada kejayaan orang lain.
*
Kali ini, saudari pengacara majlis ini telah mengajak para hadirin untuk mengenang jasa dan berterima kasih kepada pengasas Toastmasters International iaitu Dr Ralf Smedley. Setelah 86 tahun dimulakan, program Toastmasters telah membantu ribuan insan seluruh dunia dalam mencapai kejayaan dalam aspek kemajuan diri.

Naib Presiden Dr Mohd Kaisan adalah Pengacara Sesi Ucapan Spontan

Sesi ucapan spontan diambil alih oeh Dr. Kaisan yang mana beliau telah menyediakan 5 soalan. “Jangan takut. Ini adalah soalan lazim dan saya memberi jaminan bahawa ianya agak mudah dan menyeronokkan.”

Ridzuan, pemidato ucapan spontan.

Topik: Program realiti mencari isteri dan bagaimana hendak memujuk agar isteri tidak berkecil hati.

Dengan gaya spontan, beliau telah memulakan dialog lucu berkenaan mencari pembantu bukan mencari ganti terhadap isterinya. Nampaknya dialog beliau tidak berkesan dan terpaksa memohon maaf kepada pihak penganjur dan menarik diri dari program realiti tersebut.


Janice Lee, ACB, daripada TTDI Toastmasters Club.

Topik: Bagaimana hendak menolak lamaran yang telah dipersetujui ibubapa.

Saudari Janice telah menggunakan pendekatan yang lembut bak kata pepatah “Bagai menarik rambut dari tepung, rambut tak putus dan tepung tak tumpah.” Dengan berhati-hati, beliau telah merencanakan satu pujukan kepada kedua ibubapanya agar dibenarkan untuk memilih pilihan hatinya sendiri.

Permintaan ini disokong oleh dua faktor yang bertepatan iaitu faktor usia muda dan pengalaman hidup yang masih hijau. Walau bagaimanapun, cara ucapannya yang lemah-lembut dan lenggok susunan bahasa yang ikhlas itulah yang menjadi senjata.


Faqrul daripada UEM Academy Toastmasters Club “..... dah macam ustaz dalam forum perdana.”

Topik: Tok dukun dan nombor ekor

Saudara Faqrul telah mencabar dirinya untuk berucap di khalayak ramai buat pertama kali. Untuk kali pertamanya, beliau telah menjadi seorang pengamal perubatan tradisional dan cuba memenuhi permintaan seorang pemain judi ekor.

Dengan tegasnya Tok Dukun ini menolak permintaan nombor and menjelaskan bahawa judi adalah perbuatan sia-sia. Beliau telah menasihatkan pemuda itu untuk berusaha dan mencari pendapatan dari sumber yang baik dan tidak putus asa.


Mantan Presiden Abu Bakar Ngah, pemidato ucapan spontan

Topik: Agenda pertama oleh seorang pemangku sultan.

Daulat Tuanku!

Itulah sokongan padu yang diterima oleh Tuanku Abu bakar. Beliau menyatakan akan membubarkan institusi diraja agar jurang antara istana dan rakyat jelata dapat di rapatkan. Cara beliau yang amat santai dan bersahaja menarik perhatian para hadirin.

Daulat Tuanku!

Kim Chow, pemidato ucapan spontan.

Topik: Keinginan suami untuk berkahwin lagi.

Saudari Kim Chow telah menggunakan pendekatan “mengejutkan” dengan membenarkan suaminya berkahwin lagi tanpa bersedih hati. "Kalau kita sayangkan burung itu, biarkan ia terbang bebas, ia pasti kembali jika ditakdirkan milik kita.”

Menurut beliau, hidup ini amat singkat dan tidak berbaloi untuk bermurungan dan pilihlah untuk bergembira kerana hidup ini akan lebih bermakna jikalau kita menikmatinya.


Presiden Zaharah Ibrahim memainkan peranan Penilai Ucapan Spontan.

Seterusnya Puan Zaharah memulakan penilaian terhadap pemidato-pemidato ucapan spontan.

Antara aspek kebaikan yang di utarakan adalah keberanian pemidato-pemidato ucapan spontan untuk keluar dan berucap. Puan Penilai ucapan spontan juga meyampaikan penghargaan istimewa terhadap saudara Faqrul untuk keluar buat kali pertama dan saudari Janice kerana kefasihan bermadah.


Ridzuan menyertai sesi lawak jenaka.

Satu percubaan lawak yang hampir “blur”.



Hadzrin Shah menyertai sesi lawak jenaka.

Beliau sentiasa ada lawak simpanan untuk di kongsi apabila diperlukan. Lawak terbaru beliau berkenaan program realiti.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti sambungannya di mesyuarat akan datang.


KPKL sedang bersidang. Dari kiri: Area Governor Hadzrin Shah, AAGW4 Janice Lee, Mantan Presiden Abu Bakar Ngah, Presiden Zaharah Ibrahim


KPKL sedang bersidang. Dari kiri: Faqrul, Naib Presiden Dr Mohd Kaisan, Ridzuan, Area Governor Hadzrin Shah


Ridzuan menyampaikan Projek 3 - Tepat Pada Sasaran.
Tajuk Ucapan: Kecil Tapak Tangan

Intipati ucapan beliau adalah “tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima” dan kita hendaklah saling bantu membantu sesama insan.

Prof Dato' Dr Wan Zin menyampakan Projek 7 - Menyelidik Tajuk Anda
Topic Ucapan: Ladang Kelapa Sawit - Lombong Emas Negara

Jikalau sawit adalah lombong emas, Prof adalah lombong ilmu. Ini adalah kerana Prof sangat mendalami dan arif mengenai ucapan yang disampaikan. Segala maklumat dan kenyataan adalah disokong dengan fakta-fakta yang kukuh.

Diakhir ucapannya, beliau menyarankan agar ahli-ahli KPKL untuk sama-sama menghargai pemberian tuhan didalam kehidupan ini dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati peluang-peluang pelaburan hadapan di dalam industri sawit.


Hadzrin Shah, seorang Area Governor, menyampaikan Projek 9 - Memujuk Dengan Bertenaga.

Tajuk Ucapan: Di Sini Dan Sekarang

Beliau mengajak para hadirin agar tidak mensia-siakan peluang yang datang dan menurutnya lagi, peluang yang terlepas tidak ada gantinya. Kita hendklah beusaha bersungguh-sungguh, kurangkan angan-angan dan tetapkan matlamat demi mencapai cita-cita.


Janice Lee, ACB, daripada TTDI Toastmasters Club memainkan peranan Penilai Perdana.


Mantan Presiden Abu Bakar Ngah menilai ucapan Ridzuan.

Komen beliau: “Banyak ruang untuk perbaiki diri.”


Presiden Zaharah Ibrahim menilai ucapan Prof Dato' Dr Wan Zin.

Komen beliau: “Bukti yang tak dapat disangkalkan lagi.”


Faqrul daripada UEM Academy Toastmasters Club menilai ucapan Hadzrin Shah.

“Bukti yang tak dapat disangkalkan lagi.”


Janice Lee adalah pemenang "Pemidato Ucapan Spontan Terbaik"

Janice ...
Madahnya lembut senyum menggula
Santapan minda mendetik dihati
Datang melawat hati percaya
KPKL disini datanglah lagi



Mesyuarat akan Datang Kelab Pidato Kuala Lumpur adalah pada:
25 haribulan Mac 2010
Pada masa dan tempat yang sama.



No comments: