Friday, February 25, 2011

Mesyuarat pada 24 Feb 2011

PEMIDATO SPONTAN TERBAIK


Presiden Dato' Dr Kaisan menyampaikan sijil kepada pemenang, En Syed Abu Bakar. Beliau adalah seorang Learning Facilitator.

Tajuk Ucapan: "Kerana Cinta ... Lautan Berapi, Pasti ku renang jua."

******************************************************************
PEMIDATO UCAPAN TERBAIK


Presiden Dato' Dr Kaisan menyampaikan sijil kepada pemenang, En Imran (Wan Muhammad Imran). Beliau adalah Technical Advisor di Shell Malaysia. 

Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Pengenalan Diri
Tajuk Ucapan: Si Penjual Minyak

******************************************************************
TETAMU-TETAMU MESYUARAT


En Imran membawa penyokong yang paling kuat - isterinya, Pn Ana Ariani.



Pn Tharwah tiba-tiba muncul di mesyuarat dengan membawa empat orang tetamu. Pengaruh Pn Tharwah sungguh mempesona!

Dari kiri: 1) Pn Tharwah, Nur Tharwah Consult Sdn Bhd  2) Pn Nor Zalifah, pensyarah kanan dari UIA



Tiga orang tetamu ini tidak dapat mengelakkan daya tarikan Pn Tharwah. Meskipun terperangkap di kesesakan jalanraya akibat ribut petir, mereka tidak mungkir janji.

Dari kiri: 1) En Haidir, pegawai TUDM  2) Major Kalam, pegawai kanan TUDM   3) En Syed Abu Bakar, Learning Facilitator.



Tetamu yang sungguh tekun. En Ang Kok Chun (KC), seorang peguam, memainkan dua peranan:
  • Penilai Sesi Ucapan Spontan
  • Penjaga Masa selepas rehat 
******************************************************************
PENGACARA MESYUARAT


Prof Dato' Dr Wan Zin adalah Pengacara Mesyuarat.

Beliau mengacarakan mensyuarat dengan semangat yang bergelora dan menggunakan kemahirannya dalam bidang lawak jenaka dan pantun. Para hidirin berasa soronok dan bersorak tak henti-henti.

******************************************************************
SESI UCAPAN SPONTAN


Pengacara Sesi Ucapan Spontan adalah En Abu Bakar Ngah, seorang pengurus di IBM Malaysia.

Beliau memainkan peranannya dengan gaya istimewa. Waktu membaca tajuk ucapan yang mempunyai kaitan dengan lagu, beliau menanyi lagu tersebut. Ini menghiburkan para hadirin sehingga ramai tetamu minat memberi ucapan spontan.



Pemidato Ucapan Spontan
Pn Tharwah, Managing Director, Nur Tharwah Consult Sdn Bhd.

Tajuk Ucapan: Cinta bukan di mata, Cinta hadir di dalam jiwa.



Pemidato Ucapan Spontan
Major Kalam, pegawai kanan TUDM

Tajuk Ucapan: Pepatah mengatakan "Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati." Tetapi, jika "Cinta itu Buta", bolehkah cinta bermula dari mata?



Pemidato Ucapan Spontan
Pn Ana Ariani, Research Officer di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tajuk Ucapan: Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Menyinari Hidupku. Kota yang penuh dengan cabaran.



Pemidato Ucapan Spontan
Pn Nor Zalifah, Senior Lecturer in Architecture, Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Tajuk Ucapan: Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Menyinari Hidupku. Kota yang penuh dengan harapan.

******************************************************************
PENILAI UCAPAN SPONTAN


En Ang Kok Chun (KC), seorang peguam, sudi menjadi Penilai Ucapan Spontan. Beliau menilai ucapan lima orang pemidato dengan cara yang menghiburkan. Bilik mesyuarat bergegar dengan gelak ketawa para hadirin.

******************************************************************
SESI UCAPAN PROJEK


Pemidato Ucapan Projek
En Imran (Wan Muhammad Imran), Technical Advisor, Shell Malaysia
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Pengenalan Diri
Tajuk Ucapan: Si Penjual Minyak



Pemidato Ucapan Projek
Cik Shikin Ali, Vocal Instructor, The Singing Shop
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Pengenalan Diri
Tajuk Ucapan: Suka Duka Seorang Penyanyi



Pemidato Ucapan Projek
Cik Leong Oi Wah, Past Division Governor, District 51
Buku Panduan Pemidato Mahir
Projek 1: Pengenalan Diri
Tajuk Ucapan: Nombor Satu

******************************************************************
PARA HADIRIN


En Abu Bakar Ngah adalah salah seorang Penilai Ucapan Projek. Beliau sedang membaca tujuan ucapan kepada pemidato and para hadirin. 



No comments: